Selasa, 26 November 2013

Madu Lebah Asli

http://www.gempak.org/forum/259-informasi-fakta/72354-cara-kenal-pasti-madu-asli-vs-madu-tiruan.html

Sejarah Jata Negara

Posted: 26 Nov 2013 01:00 AM PST
Kronologi Jata Negara Kerajaan Malaysia




Jata Negara pada tahun 1895
 





Jata Negara pada tahun 1948






Jata Negara pada tahun 1963






Jata Negara pada tahun 1965






Jata Negera yang terkini



Jata negara Malaysia telah melalui beberapa siri perubahan yang digunakan oleh kerajaan persekutuan. Persamaan jata negara kita menyamai karakteristik Heraldic Eropah .

Keterangan rekaan logo

Kuning : Melambangkan sistem Beraja
Bulan : Melambangkan islam sebagai agama rasmi persekutuan
Bintang 14 penjuru : Melambangkan 14 negeri bersekutu malaysia
Dua Ekor harimau : Melambangkan kekuatan dan keberanian dan juga melambangkan budaya melayu

Di tengah jata negara, perisai dibahagikan kepada 10 bahagian.

Merah, Putih, Kuning dan Hitam melambangkan Persekutuan Tanah Melayu(Perak, Selangor, Pahang and Negeri Sembilan).
5 Keris melambangkan negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah and Perlis).
sebelah kanan dan kiri melambangkan Melaka and Pulau Pinang.
Di tengah pula negeri Sabah and Sa
...

BRIM 2014

Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah :
  • Nilai pemberian BR1M 3.0 RM650
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50
Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 – RM4,000 :
  • Nilai pemberian BR1M 3.0 RM450
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50
Individu bujang yang bekerja & berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah :
  • Terima BR1M 3.0 sejumlah RM300
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50
Yang menariknya kali ini, kesemua penerima BR1M 3.0 akan terima Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M bernilai RM50 yang akan melindungi anda, anda semua di sini dengan perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlakunya kematian atau hilang upaya kekal

Syarat Borang Permohonan BR1M 3.0 Online 2014?

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Ke Atas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM4,000 & ke bawah
  • Indovidu Bujang & Bekerja di mana berpendapatan bulanan RM2,000 & ke bawah

Borang Permohonan BR1M 3.0 2014 Secara Online & Offline?

Untuk makluman anda, borang permohonan BR1M 3.0 2014 online & offline boleh didapati secara mudah melalui :
  • kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) : www.hasil.gov.my @ ebr1m.hasil.gov.my
  • pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

Untuk sebarang pertanya lanjut mengenai borang permohonan BR1M 3.0 anda boleh hubungi br1m3@treasury.gov.my or call the hotline 1-800-222-50

LHDN

http://www.hasil.gov.my/

Resepi Nasi Dalca dan jagung

NASI DALCA DAN JAGUNG MYSORE
Resepi : Chef Hussin Khan (Resepi Sihat & Mudah)

Bahannya:

2 cawan beras basmathi (dibasuh, direndam dan ditoskan airnya)
1/2 cawan kacang dhal- direndam (saya rendam 1 malam)
1/2 cawan jagung dalam tin
3 sb minyak sapi
11/2 cawan air (saya guna 2 cawan)
1/2 cawan susu cair
10 helai daun pudina
5 ulas bawang merah - dikisar kasar(saya tumbuk)
3 ulas bawang putih - dikisar kasar (saya tumbuk)
1 in halia - dihiris nipis
2 btng kayu manis
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kiub stok ayam (saya tambah)
garam secukupnya

Caranya:
!. Panaskan minyak sapi, tumis bahan yg ditumbuk dan rempah ratus hingga wangi.
2. Masukkan kacang dhal, beras, jagung dan tumis seketika.
3.Masuk dalam rice cooker, campurkan air, susu cair , stok ayam yg telah dihancurkan dan garam.
4. Masak nasi macam biasa
 http://bilaudamenulis.blogspot.com

Khamis, 21 November 2013

Mencegah Kebotakan

Posted: 20 Nov 2013 07:26 PM PST
8 Makanan untuk Mencegah Kebotakan. Problem rambut rontok yang parah apabila dibiarkan begitu saja tanpa perawatan, lambat laun akan menyebabkan kebotakan. Dan sayangnya, kebotakan ini tidak kenal usia. Jadi, sekalipun Anda masih muda, kebotakan itu mungkin saja terjadi.
Mencegahnya sebenarnya ada beberapa cara. Salah satunya adalah dengan mencukupi kebutuhan nutrisi yang dapat memperkuat akar rambut seperti vitamin A, B, E, omega-3, dan mineral seperti potassium, magnesium, zat besi, perunggu, zinc dan antioksidan.
Beberapa makanan berikut apabila dikonsumsi sehari-hari dapat membantu Anda mencegah kebotakan. Apa saja sih makanan itu?
  1. Telur
    Seperti yang Anda ketahui, telur mengandung protein dan omega-3 yang bermanfaat untuk membantu pertumbuhan rambut serta memperkuat akar rambut. Telur ini juga merupakan sumber vitamin B yang akan membantu mencegah kebotakan.
  2. Produk susu
    Jika Anda lebih gemar mengonsumsi makanan nabati, setidaknya Anda harus mencukupi kebutuhan Anda dengan mengonsumsi produk susu. Yogurt dan susu rendah lemak, merupakan sumber vitamin A yang baik. Yang akan membantu meningkatkan produksi sebum sehingga mencegah kebotakan dengan cara alami.
  3. Bayam
    Sayuran hijau yang satu ini memang tidak boleh dimakan setelah dipanaskan. Kabarnya akan menghasilkan racun apabila dipanaskan. Namun, bayam kaya akan antioksidan, vitamin B, vitamin C dan vitamin E. Selain itu, ia juga kaya akan potassium, omega-3, zat besi serta kalsium yang membantu memaksimalkan pertumbuhan rambut.
  4. Kacang-kacangan
    Jika Anda ingin mencegah kebotakan, maka masukan menu kacang di dalam diet Anda. Kacang kaya akan protein, aneka vitamin, serta mineral dan phytochemical yang bermanfaat sekali dalam memecahkan problem kebotakan serta rambut rontok.
  5. Kacang merah
    Anda mungkin sudah berpikiran negatif ketika melihat kacang merah ada di dalam mangkuk salad. Tetapi, memang sebaiknya kacang merah yang Anda konsumsi karena ia dapat menyediakan protein, mineral serta mencegah kebotakan.
  6. Ikan
    Kandungan protein di dalam ikan sangatlah baik untuk membantu pertumbuhan rambut. Khususnya ikan salmon, tuna, mackerel dan ikan cod yang merupakan sumber terbesar dari protein serta omega-3.
  7. Wortel
    Untuk mencegah kebotakan dan kerontokan rambut, asupan vitamin A dan betakaroten dari wortel ini akan sangat penting. Fungsinya adalah membantu memproduksi sebum di kulit kepala yang akan memicu pertumbuhan rambut.
  8. Oatmeal
    Awali hari Anda dengan oatmeal sebagai menu sarapan pagi. Oatmeal mungkin sepertinya remeh, namun punya banyak kandungan vitamin, mineral, protein, potassium, zinc, copper, magnesium, zat besi serta fosfor.Membuat Anda kenyang lebih lama, sehingga Anda tidak mengonsumsi junk food yang bikin gemuk dan malah mengganggu pertumbuhan rambut.
Kini mengatasi kerontokan rambut dan kebotakan tidak lagi dengan cara yang tidak menyenangkan. Tetapi Anda cukup bereksperimen saja dengan makanan-makanan Anda.

Isnin, 18 November 2013

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014


  
Bulan
TarikhCatatan
Januari23 Januari 2014
Khamis
Tahun Baru Cina
31 Jan - 1 Feb 2014
Februari25 Februari 2014
Selasa

Mac25 Mac 2014
Selasa

April24 April 2014
Khamis

Mei22 Mei 2014
Khamis
Pesta Kaamatan
30 - 31 Mei 2014
Jun 25 Jun 2014
Rabu
Hari Gawai 
1 - 2 Jun 2014
Julai22 Julai 2014
Selasa
Hari Raya Puasa 
28 - 29 Julai 2014
Ogos 25 Ogos 2014
Isnin

September25 September 2014
Khamis

Oktober16 Oktober 2014
Khamis
Deepavali
23 Oktober 2014
November25 November 2014
Selasa

Disember18 Disember 2014
Khamis
Hari Krismas
25 Disember 2014
 http://plbgaimacam.blogspot.com/

Jumaat, 8 November 2013

jasad elok

SEGAMAT 8 Nov. - Penemuan 12 jenazah dalam keadaan sempurna biarpun telah dikebumikan dalam tempoh lapan hingga 12 tahun lalu mencetuskan kejutan dalam kerja pemindahan Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini yang dibuat bagi memberi laluan pembinaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak.
Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jamaluddin Sapuan, 52, berkata, perkara tersebut disedari pekerja yang terlibat dalam usaha menggali dan memindahkan kira-kira 150 jenazah di tanah perkuburan tersebut sejak beberapa hari lalu.
"Sejak hari pertama penggalian sehingga kelmarin, terdapat 12 jasad yang dikeluarkan dengan keadaan kain kafan masih baik, cuma sedikit kotor dan lusuh. Selepas dikeluarkan, kami terus menyarungkan kain kafan yang baharu sebelum dimasukkan ke dalam keranda untuk dikebumi di tanah perkuburan baharu di Kampung Alai.
"Jasad yang kain kafannya masih elok ini baru berusia di antara lapan hingga 12 tahun dan boleh dikategorikan sebagai baharu. Jasadnya tetap sama tidak berubah seperti hari pertama dikebumikan dan hanya sedikit bahagian anggota badan yang terusik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jamaluddin yang berpengalaman 22 tahun dalam kerja tersebut berkata, dia juga pernah menemukan jasad yang langsung tidak terusik meskipun sudah 30 tahun dikebumikan dan penemuan dalam kerja pemindahan jenazah ke tanah perkuburan baharu ini perlu menjadi pengajaran sebagai bukti kekuasaan Allah.
Dia yang sebelum ini terlibat dengan kerja pemindahan tanah perkuburan di Pengerang, Kota Tinggi, berkata, sejak hari pertama kerja dijalankan tanah perkuburan tersebut diselubungi bau harum, namun dia menganggap itu sebagai paparan pengajaran untuk umat akhir zaman.
Sementara itu, Rahmah Mohd Zain, 77, waris kepada dua jasad yang tidak terusik tersebut berkata, ini merupakan kali pertama dia berhadapan dengan situasi seperti itu dan bersyukur dapat melihat kebesaran dan kekuasaan Allah.
"Saya pernah tinggal berhampiran kubur ini selama 32 tahun. Di sini, terdapat empat buah kubur waris saya iaitu kubur datuk, emak, kakak ipar dan adik lelaki saya. Kubur kakak ipar, Senyum Salleh dan adik lelaki saya, Harun Mohd. Zain sahaja yang masih elok kain kafannya.
"Salah satu jasad yang masih elok itu ialah Ahmad Raof dan seorang lagi dikenali sebagai Mehran yang sewaktu hayatnya merupakan seorang yang alim dan sering ke surau lama yang terletak bersebelahan kubur ini. Arwah Mehran pula tidak pernah meninggalkan solat, di samping mengajar mengaji tanpa upah," katanya lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131109/dn_15/12-mayat-masih-sempurna#ixzz2k6AHTGlg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

mayat tidak reput

https://mail.google.com/mail/u/0/?shva=1#inbox/14236a89e42f8283