Sabtu, 26 Disember 2015

Save Energy

Wan Khalil Ahmad berasa kagum bersama Azham Akhtar Abdullah dan 12 yang lain.
19 hrs
'Unplug to Save Energy' EXPLAINED!!!
Plag yang biasa kita gunakan di rumah terdiri daripada 3 wayar; wayar hidup, wayar neutral dan wayar bumi.
Wayar hidup jika kita sentuh kita akan terkena renjatan elektrik kerana voltannya tinggi, 240V.
Wayar neutral, secara idealnya, haruslah 0V atau bersamaan dengan voltan bumi. Jika kita pegang wayar neutral, kita tak akan terkena apa-apa renjatan. Walaubagaimanapun, realitinya, wayar neutral mempunyai sedikit voltan kerana ‘line drop’. Voltan ini boleh mencecah maksimum sehingga 10V, bagi kes yang sangat teruk.
Wayar ketiga ialah wayar bumi. Fungsi wayar ini adalah untuk keselamatan. Jika terdapat kerosakan dan elektrik terkena pada permukaan besi perkakas elektrik, wayar bumi ini akan menyebabkan fius tertendang dan memutuskan bekalan eletrik. Anda selamat tidak terkena renjatan elektrik, hanya perlu set semula fius tersebut.
Bila kita menghidupkan sesuatu perkakas elektrik, akan ada sedikit ‘electric leakage’ yang berlaku. Arus elektrik dari wayar hidup akan tiris. Kita tidak akan terkena renjatan elektrik walaupun terdapat ketirisan ini kerana nilai arus elektrik yang tiris amatlah kecil. Untuk peralatan elektrik yang memenuhi piawai, maksimum ‘electric leakage’ yang dibenarkan secara amnya adalah 3.5mA. Ini ketirisan dari wayar hidup terus wayar bumi.
Apabila kita menutup suis plag didinding, anda akan memutuskan sambungan wayar hidup ke perkakas elektrik anda. Justeru, secara idealnya voltan akan turun sehingga sifar, tiada langsung arus elektrik mengalir, tiada caj TNB dikenakan.
Namun, wayar neutral dan bumi masih bersambung dengan perkakas elektrik tersebut. Memungkinkan ada sedikit ketirisan elektrik. Ketirisan maksimum berlaku apabila elektrik dari wayar neutral mengalir terus ke wayar bumi.
Persoalanya berapa banyak penjimatan yang kita boleh jimat dengan mencabut plag selepas menutup suisnya?
1.Apabila kita telah menutup suis, dalam kes yang paling maksimum, kita boleh mengandaikan ‘electric leakage’ yang berlaku antara wayar neutral dan wayar bumi sama nilainya dengan yang berlaku antara wayar hidup dan wayar bumi iaitu 3.5mA. Nilai ini seharusnya lebih rendah kerana voltan antara wayar neutral hanyalah ~5% dari voltan wayar hidup. Arus elektrik bersamaan dengan 0.0000035kA
2.Dalam keadaan pendaiwaian rumah yang teruk, voltan pada wayar neutral boleh mencecah 10V.
3.Anggaplah ada 30 peralatan elektrik dalam rumah tersebut.
4.Semua peralatan elektrik tidak dicabut plagnya selama sebulan (maksimum 31 hari, 24 jam sehari bersamaan dengan 744jam)
5.Bagi bil elektrik RM43.60 hingga RM77.00, tarif maksimum adalah RM0.334 untuk setiap kWh
Berdasarkan andaian diatas yang agak kurang realistik, jumlah sebenar sebenarnya kurang, caj maksimum yang perlu dibayar adalah
Caj maksimum = [berapa unit] * [arus elektrik] * [jumlah jam] * [voltan] * [tarif elektrik]
Caj maksimum = [30 unit] * [0.0000035 kA] * [744 jam] * [ 10 V] * [RM0.334/kWh]
Caj maksimum = [30 unit] * [0.02604 kWh] * [RM0.334/kWh]
Caj maksimum = [0.7812 kWh] * [RM0.334/kWh]
Caj maksimum = RM0.2609208
Dengan mencabut 30 plug perkakas elektrik selama sebulan, penjimatan maksimum anda adalah 26sen, boleh buat beli coki-coki sabatang.
Untuk satu unit alat elektrik, anda boleh jimat maksimum 1 sen sebulan. Tahniah!
Cadangan bahan bacaan tambahan:
2 phase wiring
Megger test
Electrical leakage
------
‪#‎MuktamarBaltimore2015‬
Selamat BerMuktamar Imsa-misg kepada teman teman di US

Belon Gas

Tak perlu nk beli belon gas mahal2,kita boleh buat sendiri di rumah.Untuk cikgu2 boleh buat experiment sains di sek...
BELON GAS
Bahan2..
Botol mineral
1 sudu Soda bikatbonat
3 sudu Cuka
Belon
Cara2
Masukkn cuka + soda bikarbonat kedlm botol dh berbuih ltk Belon kt penutup botol..belon akn kembang sendiri👍🏻selamat mencuba...

Rabu, 23 Disember 2015

Telefon Yang Hilang


Posted: 22 Dec 2015 07:00 PM PST
Tahukah anda sekiranya anda kehilangan telefon bimbit anda, anda kini boleh menjejaki ia kembali dengan semudah ABC?


Kebanyakan kita sentiasa bimbang telefon kita boleh dicuri pada bila-bila masa.




Setiap telefon bimbit dilengkapi dengan no. siri IMIE yang unik. IMEI atau nama penuhnya International Mobile Equipment Identity boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia.

Lihat bagaimana ia berfungsi.
1. Dail *#06# pada telefon bimbit anda

2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan 15 digit IMEI no. yang unik.

3. Catitkan no. IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali di dalam telefon bimbit itu sendiri.

4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu email 15 digit no. EMEI tersebut kepada 
cop@vsnl.net berserta dengan butiran di bawah.
Nama anda.
Alamat.
Model telefon.
Buatan.
No. terakhir digunakan.
Email untuk dihubungi.
Tarikh kehilangan.
IMEI No.

5. Tidak perlu membuat apa-apa laporan polis.

6. Telefon mudah alih anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam melalui sistem yang kompleks kombinasi GPRS dan internet. Anda akan dapat mengesan di mana lokasi telefon bimbint anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.
kredit : Omdotmy / selongkar 10

Isnin, 21 Disember 2015

semasa temuduga.

 
TIDAK semua syarikat di dunia mementingkan resume yang diberikan pemburu kerja semasa temuduga.

Penemuduga selalunya mengambil masa kurang 10 minit untuk menyelak resume yang diberi, dan selebihnya bergantung kepada bahasa badan calon temu duga itu sendiri.

Bahasa badan atau 'body language' sering dipandang remeh atau langsung tidak dipedulikan oleh calon temuduga disebabkan mereka terlalu fokus kepada penyampaian resume atau penampilan diri.

Namun sebaliknya, pergerakan badan memainkan peranan penting dalam menyokong resume calon, sekali gus menampilkan calon sebagai individu yang berkeyakinan tinggi atau kreatif.

Berikut adalah tujuh kesilapan besar melibatkan bahasa badan yang dilakukan oleh calon semasa temuduga.

1. Postur duduk atau diri yang teruk.

Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang nampak tidak berkeyakinan atau malas. Majikan mahukan mereka yang berdiri tegap, duduk tegak dan kelihatan memberikan sepenuh perhatian kepada sebarang perbincangan.

Tambahan pula, berdiri tegap dan duduk tegak mampu memberikan rangsangan kimia yang positif di dalam otak individu.

2. Jabat tangan yang 'buruk'.

Berjabat tangan dengan yakin dan tunjukkan siapa yang sebenarnya bersifat dominasi! Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang 'lembik'. Mulakan jabat tangan dengan keras dan yakin.

3. Tangan berpeluh

Tak cukup dengan jabat tangan lemah, tangan berpeluh pula. Basuh tangan menggunakan air sejuk di bilik air mampu memberikan tangan kering selama 10 minit, secara kasarnya. Tangan yang kering mampu memberikan impak maksimum ketika berjabat tangan.

4. Kurang hubungan mata

Calon yang kurang hubungan mata (eye contact) menunjukkan diri mereka tidak serius, tambahan lagi untuk calon yang selalu bermain pen, kertas, rambut atau apa sahaja apabila sedang berhadapan dengan orang penting.

Hubungan mata yang baik mampu memberikan keyakinan kepada kedua-dua belah pihak atau pihak yang terlibat, dan ia boleh berlaku tanpa sebarang komunikasi!

5. Gelisah

Perlakuan gelisah terutamanya 'fidget' seperti menggoyang kaki, mengetuk jari mahupun bermain rambut langsung tidak membantu ketika temuduga. Calon sangat digalakkan untuk meletakkan tangan di paha dan memandang tepat kepada mata si penemuduga.

6. Nampak bosan

Penemuduga tidak mahu berjumpa dengan individu yang kelihatan tidak berminat atau calon yang asyik fikir tentang hal-hal lain semasa temuduga. Elakkan kelihatan seperti tidak berminat dan tumpu perhatian sepenuhnya kepada pertanyaan penemuduga dan jawab soalan mereka dengan baik.

7. Senyumlah!

Senyum memberikan tenaga yang positif kepada orang-orang di sekeliling. Jika calon mempunyai barisan gigi yang cantik, ia adalah satu bonus. Ceriakan mereka yang berada di sekeliling dan penemuduga yang mungkin mempunyai mood tidak elok pada hari temuduga.