Sabtu, 10 April 2021
Khamis, 4 Februari 2021
Ahad, 17 Januari 2016
kulit pisang
Posted: 16 Jan 2016 07:00 PM PST
ASSALAMUALAIKUM...
KULIT PISANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGHALUSKAN KULIT WAJAH, MENGHILANGKAN PARUT MUDA DAN SELAIN ITU BOLEH DIJADIKAN BAJA UNTUK KESUBURAN ORKID JUGA.
penjemuran matahari pagi antara jam 6 sampai jam 9,
sebaiknya orkid yang siap berbunga di tempatkan di tempat yang terkena cahaya matahari pagi karena sinar
matahari pagi sangat membantu fotosintesis bunga

KULIT PISANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGHALUSKAN KULIT WAJAH, MENGHILANGKAN PARUT MUDA DAN SELAIN ITU BOLEH DIJADIKAN BAJA UNTUK KESUBURAN ORKID JUGA.
1. 100 gr kulit pisang2. 200 ml air kelapa3. Dosis air 1 liter4. 50 ml air leri kelinci5. Em4 10 ml
cara pembuatanya, potong kecil2 kulit pisang lalu jemur sampai kering,setalah kering rebus kulit pisang dengan air
secukupnya setelah dingin di saring masukan em4 molases dan air kelapa.
Atur pencahayaan anggrek sesuai dengan keperluan jenis anggrek, cara kerja pupuk akan baik bila terkena secukupnya setelah dingin di saring masukan em4 molases dan air kelapa.
penjemuran matahari pagi antara jam 6 sampai jam 9,
sebaiknya orkid yang siap berbunga di tempatkan di tempat yang terkena cahaya matahari pagi karena sinar
matahari pagi sangat membantu fotosintesis bunga


karyaku-paridahishak.blogspot. m
Khamis, 14 Januari 2016
Masalah Ekonomi
Posted: 13 Jan 2016 11:00 PM PST
Ekonomi Malaysia 2016 : Amaran Pakar Ekonomi! Faktor Harga Minyak, Hutang, Gaji, Kos Sara Hidup Dan..
beritasemasa
Buat pertama kalinya, dalam tempoh 12 tahun harga minyak dunia berada di paras $30 setong sekaligus memberikan “gigitan dan cakaran” kepada negara-negara yang bergantung harap kepada pendapatan minyak samada banyak atau sedikit.
Tidak terkecuali Malaysia. Faktor dan punca seperti kemelesetan ekonomi China, kekuatan nilai dolar Amerika, syarikat pengerudi minyak di Amerika Syarikat yang masih berdaya tahan dan terbaru signal diberikan yang mengatakan pada bulan depan Bulan Februari Iraq bakal menambah lagi lambakan minyak di pasaran dunia.
Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap perkongsian yang diberikan oleh seorang lagi pakar ekonomi Dr Mohd Nor terhadap perkembangan ekonomi Malaysia 2016 :
Respon Pakar Ekonomi Malaysia Vs Realiti Ekonomi Malaysia Hari Ini?
- Permintaan domestik lemah untuk mengekalkan momentum pertumbuhan Ekonomi Malaysia
- Hutang isi rumah pada tajap yang tidak mampan
- Kadar eksport Malaysia menjunam
- Nilai matawang Ringgit Malaysia turut menjunam
- Kedatangan jumlah pelancong ke Malaysia turut berkurangan
- Penunjuk penggunaan swasta alam keadana terancam
- Pemilikan kereta di malaysia ditahap yang tertinggi di dunia
- Pendapatan kerajaan Malaysia terus merosot
- Harga minyak dunia dan harga minyak sawit dalam aliran untuk tempoh masa panjang
- Kos sara hidup di Malaysia terus meningkat secara drastik malangnya pendapatan isi rumah kekal ditakuk yang lama
- Nilai ringgit Malaysia kekal pada paras melebihi RM4 untuk setiap satu dolar Amerika untuk tahun-tahun yang akan datang
- Pengeluaran, kecekapan, dan daya saing untuk Malaysia semuanya di bawah par jika dibandingkan negera-negara jiran ASean kita yang lain
- iCapital telah memberikan PERINGATAN yang cukup penting kepada kalangan pelabur dan bakal pelabur samada kediaman, pusat membeli belah dan komersil atau unit pejabat sudah terlebih penawaran!!!
- iCapital juga memberikan AMARAN yang mana ekonomi Malaysia akan jatuh dengan SANGAT CEPAT sambil berkongsi persoalan samada ekonomi Malaysia akan menjadi sepertimana yang berlaku kepada Argentina?
- Tahap pendidikan di Malaysia lebih teruk dari Vietnam sepertimana yang dilaporkan Bank Dunia
beritasemasa
Sabtu, 9 Januari 2016
Tingkatkan Wifi
Kuatkan Signal WiFi Dengan Botol Dan Aluminium Foil
1. Eksperimen untuk pastikan sama ada botol plastik minuman dan aluminium boleh menambahkan kekuatan dan kualiti signal WiFi kita.
Kualiti signal sebelum eksperimen, adalah sebanyak 3 bintang lebih sikit. Signal strength pun kureng.
Aplikasi untuk menentukan kekuatan WiFi boleh dimuat turun daripada Google Play Store atau iTunes. App ini bernama WiFi Network Analyzer.
2. Bahan:
- Botol kosong 1.5L
- Aluminium foil
- Gunting
- Marker
- Pisau kecil (tiada dalam gambar).
3. Cabut 1 antena daripada router.
Jangan takut. Tak akan kena kejutan elektrik, tetapi tangan kena keringlah.
Nak cabut antena cuma perlu putarkan antena sampai ia longgar dan boleh dicabut.
4. Guntingkan botol menjadi corong mengikut panjang antena.
5. Pastikan bahagian belakang 'perisai' dipotong lebih tinggi sedikit daripada ketinggian antena, tetapi bahagian depan haruslah dipotong rendah.
6. Sudah selesai potong botol ikut bentuk seperti yang ditunjukkan, potong kertas aluminium untuk balut bahagian dalam belakang botol.
7. Tandakan tutup botol dengan simbol X dan potong dengan pisau mengikut garisan X.
8. Masukkan antena seperti ini.
9. Sambung antena dan 'perisai' pada modem semula. Ini saya tunjuk sebelah je, boleh buat perisai untuk kedua-dua antena.
10. So, mari uji kualiti signal…
… memang ada perubahan. Sebelum ni 3 bintang++, sekarang sudah hampir 5 bintang. Signal strength lebih baik.
Maka, terbukti, cara ini boleh tambahkan kekuatan signal WiFi di rumah.
Lain kali, saya akan cuba eksperimen dengan botol lebih kecil dan menggunakan kertas aluminium lebih tebal. Anda boleh cuba eksperimen juga.
Sabtu, 26 Disember 2015
Save Energy
Wan Khalil Ahmad
berasa kagum bersama Azham Akhtar Abdullah dan 12 yang lain.
'Unplug to Save Energy' EXPLAINED!!!
Plag yang biasa kita gunakan di rumah terdiri daripada 3 wayar; wayar hidup, wayar neutral dan wayar bumi.
Wayar hidup jika kita sentuh kita akan terkena renjatan elektrik kerana voltannya tinggi, 240V.
Wayar neutral, secara idealnya, haruslah 0V atau bersamaan dengan voltan bumi. Jika kita pegang wayar neutral, kita tak akan terkena apa-apa renjatan. Walaubagaimanapun, realitinya, wayar neutral mempunyai sedikit voltan kerana ‘line drop’. Voltan ini boleh mencecah maksimum sehingga 10V, bagi kes yang sangat teruk.
Wayar ketiga ialah wayar bumi. Fungsi wayar ini adalah untuk keselamatan. Jika terdapat kerosakan dan elektrik terkena pada permukaan besi perkakas elektrik, wayar bumi ini akan menyebabkan fius tertendang dan memutuskan bekalan eletrik. Anda selamat tidak terkena renjatan elektrik, hanya perlu set semula fius tersebut.
Bila kita menghidupkan sesuatu perkakas elektrik, akan ada sedikit ‘electric leakage’ yang berlaku. Arus elektrik dari wayar hidup akan tiris. Kita tidak akan terkena renjatan elektrik walaupun terdapat ketirisan ini kerana nilai arus elektrik yang tiris amatlah kecil. Untuk peralatan elektrik yang memenuhi piawai, maksimum ‘electric leakage’ yang dibenarkan secara amnya adalah 3.5mA. Ini ketirisan dari wayar hidup terus wayar bumi.
Apabila kita menutup suis plag didinding, anda akan memutuskan sambungan wayar hidup ke perkakas elektrik anda. Justeru, secara idealnya voltan akan turun sehingga sifar, tiada langsung arus elektrik mengalir, tiada caj TNB dikenakan.
Namun, wayar neutral dan bumi masih bersambung dengan perkakas elektrik tersebut. Memungkinkan ada sedikit ketirisan elektrik. Ketirisan maksimum berlaku apabila elektrik dari wayar neutral mengalir terus ke wayar bumi.
Persoalanya berapa banyak penjimatan yang kita boleh jimat dengan mencabut plag selepas menutup suisnya?
1.Apabila kita telah menutup suis, dalam kes yang paling maksimum, kita boleh mengandaikan ‘electric leakage’ yang berlaku antara wayar neutral dan wayar bumi sama nilainya dengan yang berlaku antara wayar hidup dan wayar bumi iaitu 3.5mA. Nilai ini seharusnya lebih rendah kerana voltan antara wayar neutral hanyalah ~5% dari voltan wayar hidup. Arus elektrik bersamaan dengan 0.0000035kA
2.Dalam keadaan pendaiwaian rumah yang teruk, voltan pada wayar neutral boleh mencecah 10V.
3.Anggaplah ada 30 peralatan elektrik dalam rumah tersebut.
4.Semua peralatan elektrik tidak dicabut plagnya selama sebulan (maksimum 31 hari, 24 jam sehari bersamaan dengan 744jam)
5.Bagi bil elektrik RM43.60 hingga RM77.00, tarif maksimum adalah RM0.334 untuk setiap kWh
2.Dalam keadaan pendaiwaian rumah yang teruk, voltan pada wayar neutral boleh mencecah 10V.
3.Anggaplah ada 30 peralatan elektrik dalam rumah tersebut.
4.Semua peralatan elektrik tidak dicabut plagnya selama sebulan (maksimum 31 hari, 24 jam sehari bersamaan dengan 744jam)
5.Bagi bil elektrik RM43.60 hingga RM77.00, tarif maksimum adalah RM0.334 untuk setiap kWh
Berdasarkan andaian diatas yang agak kurang realistik, jumlah sebenar sebenarnya kurang, caj maksimum yang perlu dibayar adalah
Caj maksimum = [berapa unit] * [arus elektrik] * [jumlah jam] * [voltan] * [tarif elektrik]
Caj maksimum = [30 unit] * [0.0000035 kA] * [744 jam] * [ 10 V] * [RM0.334/kWh]
Caj maksimum = [30 unit] * [0.02604 kWh] * [RM0.334/kWh]
Caj maksimum = [0.7812 kWh] * [RM0.334/kWh]
Caj maksimum = RM0.2609208
Caj maksimum = [30 unit] * [0.0000035 kA] * [744 jam] * [ 10 V] * [RM0.334/kWh]
Caj maksimum = [30 unit] * [0.02604 kWh] * [RM0.334/kWh]
Caj maksimum = [0.7812 kWh] * [RM0.334/kWh]
Caj maksimum = RM0.2609208
Dengan mencabut 30 plug perkakas elektrik selama sebulan, penjimatan maksimum anda adalah 26sen, boleh buat beli coki-coki sabatang.
Untuk satu unit alat elektrik, anda boleh jimat maksimum 1 sen sebulan. Tahniah!
Cadangan bahan bacaan tambahan:
2 phase wiring
Megger test
Electrical leakage
2 phase wiring
Megger test
Electrical leakage
------
#JUS Jom join usrah Jom Usrah Centre
Belon Gas
Tak perlu nk beli belon gas mahal2,kita boleh buat sendiri di rumah.Untuk cikgu2 boleh buat experiment sains di sek...
BELON GAS
Bahan2..
Botol mineral
1 sudu Soda bikatbonat
3 sudu Cuka
Belon
Botol mineral
1 sudu Soda bikatbonat
3 sudu Cuka
Belon
Cara2
Masukkn cuka + soda bikarbonat kedlm botol dh berbuih ltk Belon kt penutup botol..belon akn kembang sendiri👍🏻selamat mencuba...
Masukkn cuka + soda bikarbonat kedlm botol dh berbuih ltk Belon kt penutup botol..belon akn kembang sendiri👍🏻selamat mencuba...
Rabu, 23 Disember 2015
Telefon Yang Hilang
|
Posted: 22 Dec 2015 07:00 PM PST
Tahukah anda sekiranya anda kehilangan telefon bimbit anda, anda kini boleh menjejaki ia kembali dengan semudah ABC?
![]() Kebanyakan kita sentiasa bimbang telefon kita boleh dicuri pada bila-bila masa. Setiap telefon bimbit dilengkapi dengan no. siri IMIE yang unik. IMEI atau nama penuhnya International Mobile Equipment Identity boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia. Lihat bagaimana ia berfungsi. 1. Dail *#06# pada telefon bimbit anda 2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan 15 digit IMEI no. yang unik. 3. Catitkan no. IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali di dalam telefon bimbit itu sendiri. 4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu email 15 digit no. EMEI tersebut kepada
cop@vsnl.net berserta dengan butiran di bawah.
Nama anda. Alamat. Model telefon. Buatan. No. terakhir digunakan. Email untuk dihubungi. Tarikh kehilangan. IMEI No. 5. Tidak perlu membuat apa-apa laporan polis. 6. Telefon mudah alih anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam melalui sistem yang kompleks kombinasi GPRS dan internet. Anda akan dapat mengesan di mana lokasi telefon bimbint anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.
kredit : Omdotmy / selongkar 10
|
Isnin, 21 Disember 2015
semasa temuduga.
Penemuduga selalunya mengambil masa kurang 10 minit untuk menyelak resume yang diberi, dan selebihnya bergantung kepada bahasa badan calon temu duga itu sendiri.
Bahasa badan atau 'body language' sering dipandang remeh atau langsung tidak dipedulikan oleh calon temuduga disebabkan mereka terlalu fokus kepada penyampaian resume atau penampilan diri.
Namun sebaliknya, pergerakan badan memainkan peranan penting dalam menyokong resume calon, sekali gus menampilkan calon sebagai individu yang berkeyakinan tinggi atau kreatif.
Berikut adalah tujuh kesilapan besar melibatkan bahasa badan yang dilakukan oleh calon semasa temuduga.
1. Postur duduk atau diri yang teruk.
Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang nampak tidak berkeyakinan atau malas. Majikan mahukan mereka yang berdiri tegap, duduk tegak dan kelihatan memberikan sepenuh perhatian kepada sebarang perbincangan.
Tambahan pula, berdiri tegap dan duduk tegak mampu memberikan rangsangan kimia yang positif di dalam otak individu.
2. Jabat tangan yang 'buruk'.
Berjabat tangan dengan yakin dan tunjukkan siapa yang sebenarnya bersifat dominasi! Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang 'lembik'. Mulakan jabat tangan dengan keras dan yakin.
3. Tangan berpeluh
Tak cukup dengan jabat tangan lemah, tangan berpeluh pula. Basuh tangan menggunakan air sejuk di bilik air mampu memberikan tangan kering selama 10 minit, secara kasarnya. Tangan yang kering mampu memberikan impak maksimum ketika berjabat tangan.
4. Kurang hubungan mata
Calon yang kurang hubungan mata (eye contact) menunjukkan diri mereka tidak serius, tambahan lagi untuk calon yang selalu bermain pen, kertas, rambut atau apa sahaja apabila sedang berhadapan dengan orang penting.
Hubungan mata yang baik mampu memberikan keyakinan kepada kedua-dua belah pihak atau pihak yang terlibat, dan ia boleh berlaku tanpa sebarang komunikasi!
5. Gelisah
Perlakuan gelisah terutamanya 'fidget' seperti menggoyang kaki, mengetuk jari mahupun bermain rambut langsung tidak membantu ketika temuduga. Calon sangat digalakkan untuk meletakkan tangan di paha dan memandang tepat kepada mata si penemuduga.
6. Nampak bosan
Penemuduga tidak mahu berjumpa dengan individu yang kelihatan tidak berminat atau calon yang asyik fikir tentang hal-hal lain semasa temuduga. Elakkan kelihatan seperti tidak berminat dan tumpu perhatian sepenuhnya kepada pertanyaan penemuduga dan jawab soalan mereka dengan baik.
7. Senyumlah!
Senyum memberikan tenaga yang positif kepada orang-orang di sekeliling. Jika calon mempunyai barisan gigi yang cantik, ia adalah satu bonus. Ceriakan mereka yang berada di sekeliling dan penemuduga yang mungkin mempunyai mood tidak elok pada hari temuduga.
Ahad, 20 Disember 2015
Lughot - It's More About Computer and Technology: Cara Agar IDM Menjadi Compatible / Enable Pada Bro...
Lughot - It's More About Computer and Technology: Cara Agar IDM Menjadi Compatible / Enable Pada Bro...: Awalnya buat download video di youtube gampang, tapi setelah mozilla firefox di update ke versi terbaru kok tidak bisa download lagi? Mungki...
Khamis, 26 Jun 2014
Masalah Buang Air Besar Berdarah(Berak Berdarah)
|
Posted: 25 Jun 2014 12:25 AM PDT
Berdarah semasa buang air besar sungguh merisaukan, lebih-lebih di kalangan mereka yang lanjut usia. Tetapi, masalah itu sukar dikongsi bersama kerana ramai menganggap ia memalukan.
Sebilangan individu pula memandang ringan dengan menyangkakan ia bukan masalah besar kerana pendarahan akan berhenti selepas beberapa ketika tanpa perlu mendapatkan rawatan. Pakar Bedah Am Hospital Pantai Cheras, Dr Imtiaz Shahrir Hamid, berkata jika seseorang mengalami masalah pendarahan ketika buang air besar biarpun hanya sekali, mereka dinasihati berjumpa doktor. "Mereka perlu berjumpa doktor, terutama pakar pembedahan am atau usus besar, pakar gastroenterologi untuk mendapatkan kepastian sama ada siasatan lanjut patut dilakukan bagi memastikan tiada masalah ketumbuhan kanser usus besar atau rektum yang kini semakin menjadi-jadi. "Saya pernah melihat beberapa pesakit muda berumur 30 hingga 40 tahun berdepan masalah kanser usus besar. Selalunya ketumbuhan mereka sungguh agresif dan cepat merebak ke hati dan paru-paru," katanya. Pendarahan ketika membuang air besar punya banyak faktor, antaranya ketumbuhan kanser di dalam usus besar (kolon) dan rektum (bahagian hujung usus besar yang menyimpan najis) atau dubur. Penyebab lain ialah buasir, luka di kawasan dubur, luka di dalam kawasan rektum, kehadiran lubang kecil bersebelahan dubur yang mungkin pernah ada bisul dan polip iaitu ketumbuhan awal yang boleh bertukar menjadi kanser di kawasan usus dan rektum. Penyakit divertikular iaitu dinding usus besar mempunyai lubang kecil juga menjadi punca buang air besar berdarah selain penyakit radang/bengkak usus yang sebabnya tidak diketahui dan jangkitan usus besar disebabkan kuman. Selain itu, penyebab lain pendarahan ketika buang air besar ialah ischaemic colitis iaitu radang usus besar di sebabkan kekurangan bekalan darah ke usus, radiation proctitis (radang/bengkak rektum disebabkan rawatan radioterapi terdahulu) serta pendarahan daripada salur darah yang tidak normal di dalam usus besar. Doktor akan bertanya soalan lazim seperti sudah berapa lama simptom berlaku dan kekerapannya. Pesakit juga akan ditanya sama ada pendarahan itu merah terang atau gelap. Kebiasaannya, lebih terang warna darah bermaksud pendarahan berlaku di kawasan sebelah kiri usus besar, rektum atau dubur. Jika darah berwarna gelap, pendarahan berpunca daripada kawasan usus besar, terutama di sebelah kanan. "Jika darah bercampur najis, ia mungkin disebabkan masalah daripada lapisan mukosa usus besar seperti kanser, bengkak usus, polip dan lubang divertikulum di dalam usus besar. "Jika pendarahan berlaku selepas najis keluar dan menitis-nitis, ia mungkin disebabkan pendarahan daripada buasir," katanya. Beliau berkata, doktor akan bertanya sama ada pesakit menyedari ada objek lain keluar atau boleh dirasai di kawasan dubur apabila membuang air besar. Jika ada, ini mungkin disebabkan ketumbuhan atau buasir. "Doktor akan bertanya sama ada seseorang itu sakit apabila berlaku pendarahan. Jika sakit, adakah ia di kawasan perut (abdomen) atau dubur. Jika terasa begitu sakit di kawasan dubur ketika membuang air besar, diikuti pendarahan berwarna merah terang, ini mungkin disebabkan luka di kawasan dubur. "Andai ada rasa tidak selesa, terutama pada bawah perut, ia mungkin kerana ada ketumbuhan usus besar atau radang/bengkak usus besar," katanya. Pesakit juga akan diajukan soalan mengenai berapa banyak kuantiti darah yang keluar setiap kali ia berlaku dan adakah mereka rasa letih atau lemah, rasa hendak pitam atau sakit dada. Masalah itu berpunca daripada kekurangan darah di dalam badan kesan pendarahan yang sama ada sudah lama, kerap atau banyak. Pesakit yang mengalami pendarahan ketika buang air besar mungkin berasa tidak puas dan kerap ke bilik air tetapi tidak banyak najis keluar. Perkara itu sangat merisaukan kerana ada kemungkinan wujud kanser di kawasan rektum, terutama jika ada lendir dan darah turut keluar. Jika pesakit mengalami penurunan berat badan dengan cepat dan banyak serta kurang selera makan, ia antara gejala merisaukan kerana boleh disebabkan kehadiran kanser usus, rektum atau dubur yang mungkin melarat atau merebak. Kehadiran penyakit kanser di dalam keluarga, terutama ibu bapa atau adik-beradik pesakit, meninggikan risiko kemungkinan pesakit mengalami masalah sama. Doktor juga akan bertanyakan soalan lain yang relevan kepada masalah anda. Ini kemudiannya diikuti pemeriksaan fizikal pesakit yang selalunya bertumpu ke bahagian abdomen untuk memastikan sama ada ketumbuhan usus besar boleh dirasai; dan dubur bersama kawasan pangkal rektum (pemeriksaan jari di kawasan luar dan dalam). Jika pesakit tidak mempunyai masalah kesakitan di kawasan dubur, doktor akan memasukkan sebuah alat kecil dipanggil proktoskop untuk melihat kawasan pangkal rektum dan dubur. Alat proktoskop Selalunya selepas pemeriksaan di klinik, doktor akan cadangkan beberapa jenis siasatan. Satu daripadanya, prosedur kolonoskopi yang boleh dilakukan sebagai pesakit luar. Peralatan kolonoskop Kolonoskopi membolehkan doktor melihat bahagian dalam usus besar dan rektum, bermula dengan dubur hingga bahagian permulaan usus besar di sebelah kanan. Panjang usus besar dan rektum ialah 1.5 meter. Kolonoskop ialah alat gentian optik yang panjangnya di antara 120 ke 160 sentimeter (sm) dan pergerakannya dalam usus besar boleh dikawal. Kolonoskopi di dalam usus besar Prosedur ini memerlukan persediaan sekurang-kurangnya dua hari di mana pesakit dinasihatkan mengurangkan pengambilan bahan makanan berserat seperti sayur, buah-buahan, daging dan juga bahan tenusu. Sehari sebelum prosedur, pesakit dibenarkan makan sehingga jam 5 petang. Selepas itu, pesakit dinasihatkan hanya mengambil minuman dan `liquid diet' seperti sup kosong sehingga tengah malam. Mereka akan diberi ubat julap untuk diminum bersama sekurang-kurangnya seliter air suam, biasanya pada jam 7 dan 9 malam untuk mencuci usus daripada segala najis. Keesokannya, prosedur selalunya dilakukan pada waktu pagi. Pesakit selalunya diberikan ubat tidur yang juga berfungsi sebagai ubat tahan sakit secara suntikan sebelum prosedur. Prosedur ini boleh mengambil masa 15 minit sehingga 30 minit. Jika tidak, ia sukar melalui keseluruhan rektum dan usus besar. Pesakit mungkin terasa kurang selesa dan juga sedikit kesakitan kerana prosedur ini termasuk memasukkan udara ke dalam usus untuk mendapat pandangan dinding usus yang jelas. Prosedur kolonoskopi boleh memberi diagnosis (penyakit) melalui pandangan visual bahagian dalam usus besar dan rektum serta menolong memperoleh spesimen (biopsi) untuk pengesahan makmal patologi. Kolonoskopi juga boleh memainkan peranan terapeutik seperti membuang ketumbuhan kecil seperti polip dan membolehkan suntikan ubat atau penjanaan elektrik terhadap kawasan usus besar atau rektum yang sedang mengalami pendarahan. Posisi pesakit ketika kolonoskopi Seperti mana-mana prosedur atau pembedahan, kolonoskopi mempunyai kemungkinan komplikasi yang rendah iaitu 0.3 peratus (3 dalam 1,000 kolonoskopi) tetapi boleh naik kepada dua peratus dalam kes pembuangan polip (2 dalam 100 kolonoskopi). Komplikasi berkenaan seperti pendarahan, kecederaan dinding usus, komplikasi ubat tidur/lali dan juga daripada mengambil ubat julap. Walau apapun, kolonoskopi adalah siasatan paling sensitif dan popular di kalangan doktor pakar bedah dan gastroenterologi pada masa kini. Siasatan lain yang boleh dilakukan ialah barium enema iaitu pengambilan beberapa imej X-ray pada perut selepas cecair kontras (yang boleh dilihat di dalam X-ray) dimasukkan ke dalam rektum dan usus besar melalui dubur. Ini juga memerlukan persediaan usus besar dengan memakan ubat julap. Barium enema biasanya dilakukan jika kolonoskopi tidak dapat disempurnakan atas sebab kesusahan mengendalikan kolonoskop ketika prosedur atau kerana pesakit tidak dapat menahan sakit ketika prosedur. Bagaimanapun, barium enema kurang sensitif jika persediaan usus tidak berapa rapi dan doktor tidak boleh mengambil biopsi daripada ketumbuhan untuk pengesahan. Penyebab masalah buang air besar berdarah: * Ketumbuhan kanser di dalam usus besar (kolon) dan rektum (bahagian hujung usus besar yang menyimpan najis) atau dubur; * Buasir; * Luka di kawasan dubur; * Luka di dalam kawasan rektum; * Kehadiran lubang kecil bersebelahan dubur yang mungkin pernah ada bisul; * Polip di kawasan usus dan rektum; * Dinding usus besar mempunyai lubang-lubang kecil; * Penyakit radang/bengkak usus yang sebabnya tidak diketahui; * Jangkitan usus besar disebabkan kuman; * Ischaemic colitis; * Radang/bengkak rektum disebabkan pernah menjalani rawatan radioterapi; * Pendarahan daripada salur darah yang tidak normal di dalam usus besar. Credit |
Ahad, 22 Jun 2014
Ubat Ketuat
Rawatan Tradisional
- Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
- Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
- Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
- Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
- Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
- Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.
Petua Menghilangkan Ketuat
Pilihan 1: Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Pilihan 2: Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang.
Pilihan 3: Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.
Pilihan 4: Apple Cider Vinegar amat berkesan untuk rawatan ketuat. Basahkan kapas dengan cider vinegar, letak di tempat 'wart' tersebut dan tutup dengan surgical tape, biar selama 12 jam. Lakukan dalam masa 5 hari ke seminggu, ketuat tersebut akan luruh. Pendekatan ini lebih baik dari liquid nitrogen treatment di klinik, sebab rawatan menggunakan liquid nitrogen treatment amat sakit dan ianya akan tumbuh semula.
Ahad, 15 Jun 2014
Rabu, 11 Jun 2014
petua merawat keracunan
ejala yang anda boleh rasai apabila terkena keracunan makanan adalah seperti sakit perut, cirit birit dan muntah secar tiba-tiba dalam masa 48 jam selepas mengambil makanan atau minuman yang tercemar. Keadaan terus menjadi lebih parah apabila anda merasai demam dan kesejukan, najis berdarah, lemah, penat, dehidrasi dan kerosakan system saraf. Jangan pandang remeh soal serangan ini kerana boleh melibatkan maut! Namun ianya juga bergantung kepada jenis pencemaran yang dihidapi. Selain dari terus merujuk doktor di hospital, anda juga boleh menggunakan alternative semulajadi sebagai cara untuk menyembuhkan anda. Berikut adalah bahan-bahan yang anda boleh gunakan.
Teh
- Dengan membancuh teh untuk rasa yang lebih enak boleh juga ditambah madu, pudina atau daun basil. Bukan setakat rasa yang nikmat malah bahan-bahan yang terkandung di dalamnya juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan rasa sakit sekali gus melindungi perut dari terkena penyakit yang sama.
Halia
- Minuman halia yang dicampur dengan madu dan dihidangkan ketika panas sebenarnya berupaya meredakan sakit akibat keracunan makanan di tahap ringan. Cara penyediaannya adalah dengan nengambil sesudu madu dan kacau bersama larutan air halia. Dipercayai, formula ini berupaya mencegah masalah radang dalam perut sekali gus menghilangkan rasa sakit disebabkan keracunan.
Gula merah
- Campurkan empat sudu teh gula merah ke dalam air suam. Kacau dan minum perlahan-lahan. Diaktakan gula merah mampu memberi lebih tenaga yang diperlukan.
Daun basil
- Daun basil disebut juga sebagai daun selasih boleh membantu meredakan gejala keracunan makanan terutamanya disebabkan mual dan muntah-muntah. Cara mengunakan kaedah ini adalah dengan mencampurkan daun berkenaaan sama ada dalam minuman atau makanan. Boleh juga dijadikan jus dan bagi impak yang lebih cepat, minumlah ketika perut masih kosong.
Biji jintan
- Hanya dengan mencampurkan satu sudu teh biji jintan yang telah ditumbuk halus ke dalam sup yang masih panas. Dikatakan, cara ini membantu meredakan radang yang berlaku dibahagian perut sekali gus mengurangkan rasa sakit yang dirasai.
Yougurt
- Sekiranya rasa mual atau muntah-muntah disebabkan penyakit tersebut maka bolehlah mengambil yougurt. Kandungan mikroorganisma di dalamnya dikatakan membantu melawan keracunan makanan sekali gus melegakannya.
Langgan:
Catatan (Atom)
