|
Posted: 22 Dec 2015 07:00 PM PST
Tahukah anda sekiranya anda kehilangan telefon bimbit anda, anda kini boleh menjejaki ia kembali dengan semudah ABC?
![]() Kebanyakan kita sentiasa bimbang telefon kita boleh dicuri pada bila-bila masa. Setiap telefon bimbit dilengkapi dengan no. siri IMIE yang unik. IMEI atau nama penuhnya International Mobile Equipment Identity boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia. Lihat bagaimana ia berfungsi. 1. Dail *#06# pada telefon bimbit anda 2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan 15 digit IMEI no. yang unik. 3. Catitkan no. IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali di dalam telefon bimbit itu sendiri. 4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu email 15 digit no. EMEI tersebut kepada
cop@vsnl.net berserta dengan butiran di bawah.
Nama anda. Alamat. Model telefon. Buatan. No. terakhir digunakan. Email untuk dihubungi. Tarikh kehilangan. IMEI No. 5. Tidak perlu membuat apa-apa laporan polis. 6. Telefon mudah alih anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam melalui sistem yang kompleks kombinasi GPRS dan internet. Anda akan dapat mengesan di mana lokasi telefon bimbint anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.
kredit : Omdotmy / selongkar 10
|
Rabu, 23 Disember 2015
Telefon Yang Hilang
Isnin, 21 Disember 2015
semasa temuduga.
Penemuduga selalunya mengambil masa kurang 10 minit untuk menyelak resume yang diberi, dan selebihnya bergantung kepada bahasa badan calon temu duga itu sendiri.
Bahasa badan atau 'body language' sering dipandang remeh atau langsung tidak dipedulikan oleh calon temuduga disebabkan mereka terlalu fokus kepada penyampaian resume atau penampilan diri.
Namun sebaliknya, pergerakan badan memainkan peranan penting dalam menyokong resume calon, sekali gus menampilkan calon sebagai individu yang berkeyakinan tinggi atau kreatif.
Berikut adalah tujuh kesilapan besar melibatkan bahasa badan yang dilakukan oleh calon semasa temuduga.
1. Postur duduk atau diri yang teruk.
Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang nampak tidak berkeyakinan atau malas. Majikan mahukan mereka yang berdiri tegap, duduk tegak dan kelihatan memberikan sepenuh perhatian kepada sebarang perbincangan.
Tambahan pula, berdiri tegap dan duduk tegak mampu memberikan rangsangan kimia yang positif di dalam otak individu.
2. Jabat tangan yang 'buruk'.
Berjabat tangan dengan yakin dan tunjukkan siapa yang sebenarnya bersifat dominasi! Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang 'lembik'. Mulakan jabat tangan dengan keras dan yakin.
3. Tangan berpeluh
Tak cukup dengan jabat tangan lemah, tangan berpeluh pula. Basuh tangan menggunakan air sejuk di bilik air mampu memberikan tangan kering selama 10 minit, secara kasarnya. Tangan yang kering mampu memberikan impak maksimum ketika berjabat tangan.
4. Kurang hubungan mata
Calon yang kurang hubungan mata (eye contact) menunjukkan diri mereka tidak serius, tambahan lagi untuk calon yang selalu bermain pen, kertas, rambut atau apa sahaja apabila sedang berhadapan dengan orang penting.
Hubungan mata yang baik mampu memberikan keyakinan kepada kedua-dua belah pihak atau pihak yang terlibat, dan ia boleh berlaku tanpa sebarang komunikasi!
5. Gelisah
Perlakuan gelisah terutamanya 'fidget' seperti menggoyang kaki, mengetuk jari mahupun bermain rambut langsung tidak membantu ketika temuduga. Calon sangat digalakkan untuk meletakkan tangan di paha dan memandang tepat kepada mata si penemuduga.
6. Nampak bosan
Penemuduga tidak mahu berjumpa dengan individu yang kelihatan tidak berminat atau calon yang asyik fikir tentang hal-hal lain semasa temuduga. Elakkan kelihatan seperti tidak berminat dan tumpu perhatian sepenuhnya kepada pertanyaan penemuduga dan jawab soalan mereka dengan baik.
7. Senyumlah!
Senyum memberikan tenaga yang positif kepada orang-orang di sekeliling. Jika calon mempunyai barisan gigi yang cantik, ia adalah satu bonus. Ceriakan mereka yang berada di sekeliling dan penemuduga yang mungkin mempunyai mood tidak elok pada hari temuduga.
Ahad, 20 Disember 2015
Lughot - It's More About Computer and Technology: Cara Agar IDM Menjadi Compatible / Enable Pada Bro...
Lughot - It's More About Computer and Technology: Cara Agar IDM Menjadi Compatible / Enable Pada Bro...: Awalnya buat download video di youtube gampang, tapi setelah mozilla firefox di update ke versi terbaru kok tidak bisa download lagi? Mungki...
Khamis, 26 Jun 2014
Masalah Buang Air Besar Berdarah(Berak Berdarah)
|
Posted: 25 Jun 2014 12:25 AM PDT
Berdarah semasa buang air besar sungguh merisaukan, lebih-lebih di kalangan mereka yang lanjut usia. Tetapi, masalah itu sukar dikongsi bersama kerana ramai menganggap ia memalukan.
Sebilangan individu pula memandang ringan dengan menyangkakan ia bukan masalah besar kerana pendarahan akan berhenti selepas beberapa ketika tanpa perlu mendapatkan rawatan. Pakar Bedah Am Hospital Pantai Cheras, Dr Imtiaz Shahrir Hamid, berkata jika seseorang mengalami masalah pendarahan ketika buang air besar biarpun hanya sekali, mereka dinasihati berjumpa doktor. "Mereka perlu berjumpa doktor, terutama pakar pembedahan am atau usus besar, pakar gastroenterologi untuk mendapatkan kepastian sama ada siasatan lanjut patut dilakukan bagi memastikan tiada masalah ketumbuhan kanser usus besar atau rektum yang kini semakin menjadi-jadi. "Saya pernah melihat beberapa pesakit muda berumur 30 hingga 40 tahun berdepan masalah kanser usus besar. Selalunya ketumbuhan mereka sungguh agresif dan cepat merebak ke hati dan paru-paru," katanya. Pendarahan ketika membuang air besar punya banyak faktor, antaranya ketumbuhan kanser di dalam usus besar (kolon) dan rektum (bahagian hujung usus besar yang menyimpan najis) atau dubur. Penyebab lain ialah buasir, luka di kawasan dubur, luka di dalam kawasan rektum, kehadiran lubang kecil bersebelahan dubur yang mungkin pernah ada bisul dan polip iaitu ketumbuhan awal yang boleh bertukar menjadi kanser di kawasan usus dan rektum. Penyakit divertikular iaitu dinding usus besar mempunyai lubang kecil juga menjadi punca buang air besar berdarah selain penyakit radang/bengkak usus yang sebabnya tidak diketahui dan jangkitan usus besar disebabkan kuman. Selain itu, penyebab lain pendarahan ketika buang air besar ialah ischaemic colitis iaitu radang usus besar di sebabkan kekurangan bekalan darah ke usus, radiation proctitis (radang/bengkak rektum disebabkan rawatan radioterapi terdahulu) serta pendarahan daripada salur darah yang tidak normal di dalam usus besar. Doktor akan bertanya soalan lazim seperti sudah berapa lama simptom berlaku dan kekerapannya. Pesakit juga akan ditanya sama ada pendarahan itu merah terang atau gelap. Kebiasaannya, lebih terang warna darah bermaksud pendarahan berlaku di kawasan sebelah kiri usus besar, rektum atau dubur. Jika darah berwarna gelap, pendarahan berpunca daripada kawasan usus besar, terutama di sebelah kanan. "Jika darah bercampur najis, ia mungkin disebabkan masalah daripada lapisan mukosa usus besar seperti kanser, bengkak usus, polip dan lubang divertikulum di dalam usus besar. "Jika pendarahan berlaku selepas najis keluar dan menitis-nitis, ia mungkin disebabkan pendarahan daripada buasir," katanya. Beliau berkata, doktor akan bertanya sama ada pesakit menyedari ada objek lain keluar atau boleh dirasai di kawasan dubur apabila membuang air besar. Jika ada, ini mungkin disebabkan ketumbuhan atau buasir. "Doktor akan bertanya sama ada seseorang itu sakit apabila berlaku pendarahan. Jika sakit, adakah ia di kawasan perut (abdomen) atau dubur. Jika terasa begitu sakit di kawasan dubur ketika membuang air besar, diikuti pendarahan berwarna merah terang, ini mungkin disebabkan luka di kawasan dubur. "Andai ada rasa tidak selesa, terutama pada bawah perut, ia mungkin kerana ada ketumbuhan usus besar atau radang/bengkak usus besar," katanya. Pesakit juga akan diajukan soalan mengenai berapa banyak kuantiti darah yang keluar setiap kali ia berlaku dan adakah mereka rasa letih atau lemah, rasa hendak pitam atau sakit dada. Masalah itu berpunca daripada kekurangan darah di dalam badan kesan pendarahan yang sama ada sudah lama, kerap atau banyak. Pesakit yang mengalami pendarahan ketika buang air besar mungkin berasa tidak puas dan kerap ke bilik air tetapi tidak banyak najis keluar. Perkara itu sangat merisaukan kerana ada kemungkinan wujud kanser di kawasan rektum, terutama jika ada lendir dan darah turut keluar. Jika pesakit mengalami penurunan berat badan dengan cepat dan banyak serta kurang selera makan, ia antara gejala merisaukan kerana boleh disebabkan kehadiran kanser usus, rektum atau dubur yang mungkin melarat atau merebak. Kehadiran penyakit kanser di dalam keluarga, terutama ibu bapa atau adik-beradik pesakit, meninggikan risiko kemungkinan pesakit mengalami masalah sama. Doktor juga akan bertanyakan soalan lain yang relevan kepada masalah anda. Ini kemudiannya diikuti pemeriksaan fizikal pesakit yang selalunya bertumpu ke bahagian abdomen untuk memastikan sama ada ketumbuhan usus besar boleh dirasai; dan dubur bersama kawasan pangkal rektum (pemeriksaan jari di kawasan luar dan dalam). Jika pesakit tidak mempunyai masalah kesakitan di kawasan dubur, doktor akan memasukkan sebuah alat kecil dipanggil proktoskop untuk melihat kawasan pangkal rektum dan dubur. Alat proktoskop Selalunya selepas pemeriksaan di klinik, doktor akan cadangkan beberapa jenis siasatan. Satu daripadanya, prosedur kolonoskopi yang boleh dilakukan sebagai pesakit luar. Peralatan kolonoskop Kolonoskopi membolehkan doktor melihat bahagian dalam usus besar dan rektum, bermula dengan dubur hingga bahagian permulaan usus besar di sebelah kanan. Panjang usus besar dan rektum ialah 1.5 meter. Kolonoskop ialah alat gentian optik yang panjangnya di antara 120 ke 160 sentimeter (sm) dan pergerakannya dalam usus besar boleh dikawal. Kolonoskopi di dalam usus besar Prosedur ini memerlukan persediaan sekurang-kurangnya dua hari di mana pesakit dinasihatkan mengurangkan pengambilan bahan makanan berserat seperti sayur, buah-buahan, daging dan juga bahan tenusu. Sehari sebelum prosedur, pesakit dibenarkan makan sehingga jam 5 petang. Selepas itu, pesakit dinasihatkan hanya mengambil minuman dan `liquid diet' seperti sup kosong sehingga tengah malam. Mereka akan diberi ubat julap untuk diminum bersama sekurang-kurangnya seliter air suam, biasanya pada jam 7 dan 9 malam untuk mencuci usus daripada segala najis. Keesokannya, prosedur selalunya dilakukan pada waktu pagi. Pesakit selalunya diberikan ubat tidur yang juga berfungsi sebagai ubat tahan sakit secara suntikan sebelum prosedur. Prosedur ini boleh mengambil masa 15 minit sehingga 30 minit. Jika tidak, ia sukar melalui keseluruhan rektum dan usus besar. Pesakit mungkin terasa kurang selesa dan juga sedikit kesakitan kerana prosedur ini termasuk memasukkan udara ke dalam usus untuk mendapat pandangan dinding usus yang jelas. Prosedur kolonoskopi boleh memberi diagnosis (penyakit) melalui pandangan visual bahagian dalam usus besar dan rektum serta menolong memperoleh spesimen (biopsi) untuk pengesahan makmal patologi. Kolonoskopi juga boleh memainkan peranan terapeutik seperti membuang ketumbuhan kecil seperti polip dan membolehkan suntikan ubat atau penjanaan elektrik terhadap kawasan usus besar atau rektum yang sedang mengalami pendarahan. Posisi pesakit ketika kolonoskopi Seperti mana-mana prosedur atau pembedahan, kolonoskopi mempunyai kemungkinan komplikasi yang rendah iaitu 0.3 peratus (3 dalam 1,000 kolonoskopi) tetapi boleh naik kepada dua peratus dalam kes pembuangan polip (2 dalam 100 kolonoskopi). Komplikasi berkenaan seperti pendarahan, kecederaan dinding usus, komplikasi ubat tidur/lali dan juga daripada mengambil ubat julap. Walau apapun, kolonoskopi adalah siasatan paling sensitif dan popular di kalangan doktor pakar bedah dan gastroenterologi pada masa kini. Siasatan lain yang boleh dilakukan ialah barium enema iaitu pengambilan beberapa imej X-ray pada perut selepas cecair kontras (yang boleh dilihat di dalam X-ray) dimasukkan ke dalam rektum dan usus besar melalui dubur. Ini juga memerlukan persediaan usus besar dengan memakan ubat julap. Barium enema biasanya dilakukan jika kolonoskopi tidak dapat disempurnakan atas sebab kesusahan mengendalikan kolonoskop ketika prosedur atau kerana pesakit tidak dapat menahan sakit ketika prosedur. Bagaimanapun, barium enema kurang sensitif jika persediaan usus tidak berapa rapi dan doktor tidak boleh mengambil biopsi daripada ketumbuhan untuk pengesahan. Penyebab masalah buang air besar berdarah: * Ketumbuhan kanser di dalam usus besar (kolon) dan rektum (bahagian hujung usus besar yang menyimpan najis) atau dubur; * Buasir; * Luka di kawasan dubur; * Luka di dalam kawasan rektum; * Kehadiran lubang kecil bersebelahan dubur yang mungkin pernah ada bisul; * Polip di kawasan usus dan rektum; * Dinding usus besar mempunyai lubang-lubang kecil; * Penyakit radang/bengkak usus yang sebabnya tidak diketahui; * Jangkitan usus besar disebabkan kuman; * Ischaemic colitis; * Radang/bengkak rektum disebabkan pernah menjalani rawatan radioterapi; * Pendarahan daripada salur darah yang tidak normal di dalam usus besar. Credit |
Ahad, 22 Jun 2014
Ubat Ketuat
Rawatan Tradisional
- Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
- Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
- Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
- Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
- Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
- Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.
Petua Menghilangkan Ketuat
Pilihan 1: Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Pilihan 2: Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang.
Pilihan 3: Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.
Pilihan 4: Apple Cider Vinegar amat berkesan untuk rawatan ketuat. Basahkan kapas dengan cider vinegar, letak di tempat 'wart' tersebut dan tutup dengan surgical tape, biar selama 12 jam. Lakukan dalam masa 5 hari ke seminggu, ketuat tersebut akan luruh. Pendekatan ini lebih baik dari liquid nitrogen treatment di klinik, sebab rawatan menggunakan liquid nitrogen treatment amat sakit dan ianya akan tumbuh semula.
Langgan:
Catatan (Atom)
