Khamis, 29 Mei 2014

MELEMBUTKAN SOTONG KERING

MERENDAM DAN MELEMBUTKAN SOTONG KERING
Bahan-bahan :

Sotong kering
Air abu
Air paip

Cara-cara :
1. Masukkan air abu dan air paip ke dalam bekas untuk merendam sotong kering. Nisbah campuran air abu kepada air paip adalah seperti berikut... 1:10. Maknanya 1 bahagian air abu dicampur dengan 10 bahagian air paip menggunakan penyukat yang sama.
2. Masukkan sotong kering yang keras lagi tu ke dalam campuran air tadi dan biarkan direndam selama 6 jam.
3. Setelah 6 jam, sotong dah pun kembang. Keluarkan sotong dan buang campuran air tadi.
4. Rendam pula sotong dengan air panas atau suam untuk lebih kurang 1 jam. Kemudian bilas sotong tadi. Bolehlah dimasak atau disimpan ke dalam freezer(sejuk beku).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan