Khamis, 26 Jun 2014

Masalah Buang Air Besar Berdarah(Berak Berdarah)


Posted: 25 Jun 2014 12:25 AM PDT
Berdarah semasa buang air besar sungguh merisaukan, lebih-lebih di kalangan mereka yang lanjut usia. Tetapi, masalah itu sukar dikongsi bersama kerana ramai menganggap ia memalukan.

Sebilangan individu pula memandang ringan dengan menyangkakan ia bukan masalah besar kerana pendarahan akan berhenti selepas beberapa ketika tanpa perlu mendapatkan rawatan.

Pakar Bedah Am Hospital Pantai Cheras, Dr Imtiaz Shahrir Hamid, berkata jika seseorang mengalami masalah pendarahan ketika buang air besar biarpun hanya sekali, mereka dinasihati berjumpa doktor.

"Mereka perlu berjumpa doktor, terutama pakar pembedahan am atau usus besar, pakar gastroenterologi untuk mendapatkan kepastian sama ada siasatan lanjut patut dilakukan bagi memastikan tiada masalah ketumbuhan kanser usus besar atau rektum yang kini semakin menjadi-jadi.

"Saya pernah melihat beberapa pesakit muda berumur 30 hingga 40 tahun berdepan masalah kanser usus besar. Selalunya ketumbuhan mereka sungguh agresif dan cepat merebak ke hati dan paru-paru," katanya.

Pendarahan ketika membuang air besar punya banyak faktor, antaranya ketumbuhan kanser di dalam usus besar (kolon) dan rektum (bahagian hujung usus besar yang menyimpan najis) atau dubur.

Penyebab lain ialah buasir, luka di kawasan dubur, luka di dalam kawasan rektum, kehadiran lubang kecil bersebelahan dubur yang mungkin pernah ada bisul dan polip iaitu ketumbuhan awal yang boleh bertukar menjadi kanser di kawasan usus dan rektum.

Penyakit divertikular iaitu dinding usus besar mempunyai lubang kecil juga menjadi punca buang air besar berdarah selain penyakit radang/bengkak usus yang sebabnya tidak diketahui dan jangkitan usus besar disebabkan kuman.

Selain itu, penyebab lain pendarahan ketika buang air besar ialah ischaemic colitis iaitu radang usus besar di sebabkan kekurangan bekalan darah ke usus, radiation proctitis (radang/bengkak rektum disebabkan rawatan radioterapi terdahulu) serta pendarahan daripada salur darah yang tidak normal di dalam usus besar.

Doktor akan bertanya soalan lazim seperti sudah berapa lama simptom berlaku dan kekerapannya. Pesakit juga akan ditanya sama ada pendarahan itu merah terang atau gelap.

Kebiasaannya, lebih terang warna darah bermaksud pendarahan berlaku di kawasan sebelah kiri usus besar, rektum atau dubur. Jika darah berwarna gelap, pendarahan berpunca daripada kawasan usus besar, terutama di sebelah kanan.

"Jika darah bercampur najis, ia mungkin disebabkan masalah daripada lapisan mukosa usus besar seperti kanser, bengkak usus, polip dan lubang divertikulum di dalam usus besar.

"Jika pendarahan berlaku selepas najis keluar dan menitis-nitis, ia mungkin disebabkan pendarahan daripada buasir," katanya.

Beliau berkata, doktor akan bertanya sama ada pesakit menyedari ada objek lain keluar atau boleh dirasai di kawasan dubur apabila membuang air besar. Jika ada, ini mungkin disebabkan ketumbuhan atau buasir.

"Doktor akan bertanya sama ada seseorang itu sakit apabila berlaku pendarahan. Jika sakit, adakah ia di kawasan perut (abdomen) atau dubur. Jika terasa begitu sakit di kawasan dubur ketika membuang air besar, diikuti pendarahan berwarna merah terang, ini mungkin disebabkan luka di kawasan dubur.

"Andai ada rasa tidak selesa, terutama pada bawah perut, ia mungkin kerana ada ketumbuhan usus besar atau radang/bengkak usus besar," katanya.

Pesakit juga akan diajukan soalan mengenai berapa banyak kuantiti darah yang keluar setiap kali ia berlaku dan adakah mereka rasa letih atau lemah, rasa hendak pitam atau sakit dada.

Masalah itu berpunca daripada kekurangan darah di dalam badan kesan pendarahan yang sama ada sudah lama, kerap atau banyak.

Pesakit yang mengalami pendarahan ketika buang air besar mungkin berasa tidak puas dan kerap ke bilik air tetapi tidak banyak najis keluar. Perkara itu sangat merisaukan kerana ada kemungkinan wujud kanser di kawasan rektum, terutama jika ada lendir dan darah turut keluar.

Jika pesakit mengalami penurunan berat badan dengan cepat dan banyak serta kurang selera makan, ia antara gejala merisaukan kerana boleh disebabkan kehadiran kanser usus, rektum atau dubur yang mungkin melarat atau merebak.

Kehadiran penyakit kanser di dalam keluarga, terutama ibu bapa atau adik-beradik pesakit, meninggikan risiko kemungkinan pesakit mengalami masalah sama.

Doktor juga akan bertanyakan soalan lain yang relevan kepada masalah anda. Ini kemudiannya diikuti pemeriksaan fizikal pesakit yang selalunya bertumpu ke bahagian abdomen untuk memastikan sama ada ketumbuhan usus besar boleh dirasai; dan dubur bersama kawasan pangkal rektum (pemeriksaan jari di kawasan luar dan dalam).

Jika pesakit tidak mempunyai masalah kesakitan di kawasan dubur, doktor akan memasukkan sebuah alat kecil dipanggil proktoskop untuk melihat kawasan pangkal rektum dan dubur.

Alat proktoskop

Selalunya selepas pemeriksaan di klinik, doktor akan cadangkan beberapa jenis siasatan. Satu daripadanya, prosedur kolonoskopi yang boleh dilakukan sebagai pesakit luar.

Peralatan kolonoskop

Kolonoskopi membolehkan doktor melihat bahagian dalam usus besar dan rektum, bermula dengan dubur hingga bahagian permulaan usus besar di sebelah kanan. Panjang usus besar dan rektum ialah 1.5 meter. Kolonoskop ialah alat gentian optik yang panjangnya di antara 120 ke 160 sentimeter (sm) dan pergerakannya dalam usus besar boleh dikawal.

Kolonoskopi di dalam usus besar

Prosedur ini memerlukan persediaan sekurang-kurangnya dua hari di mana pesakit dinasihatkan mengurangkan pengambilan bahan makanan berserat seperti sayur, buah-buahan, daging dan juga bahan tenusu. Sehari sebelum prosedur, pesakit dibenarkan makan sehingga jam 5 petang. Selepas itu, pesakit dinasihatkan hanya mengambil minuman dan `liquid diet' seperti sup kosong sehingga tengah malam.

Mereka akan diberi ubat julap untuk diminum bersama sekurang-kurangnya seliter air suam, biasanya pada jam 7 dan 9 malam untuk mencuci usus daripada segala najis. Keesokannya, prosedur selalunya dilakukan pada waktu pagi.

Pesakit selalunya diberikan ubat tidur yang juga berfungsi sebagai ubat tahan sakit secara suntikan sebelum prosedur. Prosedur ini boleh mengambil masa 15 minit sehingga 30 minit. Jika tidak, ia sukar melalui keseluruhan rektum dan usus besar.

Pesakit mungkin terasa kurang selesa dan juga sedikit kesakitan kerana prosedur ini termasuk memasukkan udara ke dalam usus untuk mendapat pandangan dinding usus yang jelas.

Prosedur kolonoskopi boleh memberi diagnosis (penyakit) melalui pandangan visual bahagian dalam usus besar dan rektum serta menolong memperoleh spesimen (biopsi) untuk pengesahan makmal patologi.

Kolonoskopi juga boleh memainkan peranan terapeutik seperti membuang ketumbuhan kecil seperti polip dan membolehkan suntikan ubat atau penjanaan elektrik terhadap kawasan usus besar atau rektum yang sedang mengalami pendarahan.

Posisi pesakit ketika kolonoskopi

Seperti mana-mana prosedur atau pembedahan, kolonoskopi mempunyai kemungkinan komplikasi yang rendah iaitu 0.3 peratus (3 dalam 1,000 kolonoskopi) tetapi boleh naik kepada dua peratus dalam kes pembuangan polip (2 dalam 100 kolonoskopi).

Komplikasi berkenaan seperti pendarahan, kecederaan dinding usus, komplikasi ubat tidur/lali dan juga daripada mengambil ubat julap. Walau apapun, kolonoskopi adalah siasatan paling sensitif dan popular di kalangan doktor pakar bedah dan gastroenterologi pada masa kini.

Siasatan lain yang boleh dilakukan ialah barium enema iaitu pengambilan beberapa imej X-ray pada perut selepas cecair kontras (yang boleh dilihat di dalam X-ray) dimasukkan ke dalam rektum dan usus besar melalui dubur. Ini juga memerlukan persediaan usus besar dengan memakan ubat julap.

Barium enema biasanya dilakukan jika kolonoskopi tidak dapat disempurnakan atas sebab kesusahan mengendalikan kolonoskop ketika prosedur atau kerana pesakit tidak dapat menahan sakit ketika prosedur.

Bagaimanapun, barium enema kurang sensitif jika persediaan usus tidak berapa rapi dan doktor tidak boleh mengambil biopsi daripada ketumbuhan untuk pengesahan.

Penyebab masalah buang air besar berdarah:

* Ketumbuhan kanser di dalam usus besar (kolon) dan rektum (bahagian hujung usus besar yang menyimpan najis) atau dubur;

* Buasir;

* Luka di kawasan dubur;

* Luka di dalam kawasan rektum;

* Kehadiran lubang kecil bersebelahan dubur yang mungkin pernah ada bisul;

* Polip di kawasan usus dan rektum;

* Dinding usus besar mempunyai lubang-lubang kecil;

* Penyakit radang/bengkak usus yang sebabnya tidak diketahui;

* Jangkitan usus besar disebabkan kuman;

* Ischaemic colitis;

* Radang/bengkak rektum disebabkan pernah menjalani rawatan radioterapi;

* Pendarahan daripada salur darah yang tidak normal di dalam usus besar.

Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Ahad, 22 Jun 2014

Membaca al quran

http://www.dakwatuna.com/2014/06/21/53503/mengapa-umat-islam-enggan-membaca-al-quran/

Ubat Ketuat

Rawatan Tradisional
  • Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
  • Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
  • Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
  • Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
  • Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
  • Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.

Petua Menghilangkan Ketuat

Pilihan 1: Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Pilihan 2:  Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. 

Pilihan 3: Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.

Pilihan 4: Apple Cider Vinegar amat berkesan untuk rawatan ketuat. Basahkan kapas dengan cider vinegar, letak di tempat 'wart' tersebut dan tutup dengan surgical tape, biar selama 12 jam. Lakukan dalam masa 5 hari ke seminggu, ketuat  tersebut akan luruh. Pendekatan ini lebih baik dari liquid nitrogen treatment di klinik, sebab rawatan menggunakan liquid nitrogen treatment amat sakit dan ianya akan tumbuh semula.


Ahad, 15 Jun 2014

Bahaya Bahan Sediaan di Rumah Sabun dan Bahan Pencuci



Dewan Kosmik
Bahaya Bahan Sediaan di Rumah Sabun dan Bahan Pencuci
Oleh: Kamilah Beran
Sumber: Dewan Kosmik - November, 1996

KEBANYAKAN suri rumah menganggap rumah adalah tempat yang paling selamat bagi ahli keluarga mereka. Tetapi apabila diperhati di sekeliling mereka mungkin barulah mereka sedar bahawa di dalam rumah terdapat pelbagai peralatan dan bahan-bahan kegunaan harian yang mungkin boleh membahayakan ahli keluarga. Bahan-bahan seperti serbuk pencuci, sabun, racun serangga dan sebagainya antara bahan yang boleh mendatangkan padah kepada ahli keluarga terutamanya kanak-kanak. Pada dasarnya bahan-bahan ini tidak akan memudaratkan jika digunakan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Banyak kejadian keracunan bahan tersebut terutamanya yang membabitkan kanak-kanak berpunca daripada penyimpanan di tempat yang tidak sesuai ataupun akibat kecuaian ibu-bapa. Keracunan mungkin juga berpunca daripada sikap sambil lewa ahli rumah yang menganggap bahan-bahan tersebut tidak merbahaya tanpa mengetahui apakah bahan aktif yang terkandung di dalamnya.

Satu kajian mengenai kes keracunan yang telah dilaporkan di hospital mendapati satu pertiga kes keracunan berpunca daripada terminum ataupun termakan bahan sediaan yang terdapat di rumah. Lebih membimbangkan lagi 90% kes keracunan ini melibatkan kanak-kanak berumur di antara satu hingga sebelas tahun. Daripada jumlah ini lebih kurang 80% daripadanya adalah kanak-kanak yang berumur kurang dari enam tahun. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa sebahagian besar kejadian keracunan di rumah berlaku di tiga tempat utama iaitu dapur 50%, bilik air 20% dan bilik tidur 10%.

Kejadian keracunan seolah-olah sengaja dibenarkan berlaku, sedangkan sebahagian besar kes ini boleh dielakkan jika langkah-langkah pengawasan yang sepatutnya diambilkira. Orang ramai perlu sedar bahawa keracunan yang berlaku di rumah bukanlah semata-mata kemalangan. Oleh sebab itu orang ramai perlu diberi kesedaran mengenai bahaya bahan kimia yang sering dikaitkan dengan kes keracunan yang berlaku di rumah dan cara-cara mengendalikan kejadian keracunan bahan tersebut agar mangsa dapat diselamatkan dengan segera.

Bahan-bahan sediaan kimia yang dikenal pasti boleh menyebabkan keracunan yang teruk terbahagi kepada beberapa jenis yang utama iaitu : 

  • Sabun dan bahan pencuci
  • Racun tikus (Rodentisid)
  • Hydrocarbon seperti minyak tanah
  • Cat, varnis, pencair cat
  • Alat kosmetik
  • Racun makhluk perosak (insektisid)
  • Ubat gegat (naftalin)
  • Alat-alat lukisan
Sabun dan Bahan PencuciSabun dan bahan pencuci merupakan antara bahan kimia di rumah yang paling bahaya berbanding dengan bahan-bahan lain. Ini disebabkan bahan ini boleh dikatakan terdapat di setiap rumah dan biasanya kita tidak berapa mengambil peduli tentang cara penyimpanannya secara selamat. Di sampaing itu tidak ramai yang mengetahui tentang kandungan dan bahaya bahan aktif yang terdapat di dalamnya. Kajian yang dilakukan terhadap 140,000 kes keracunan di Amerika Syarikat mendapati 10% daripadanya disebabkan oleh sabun dan bahan pencuci. Ramai di kalangan mangsa menemui maut akibat tertelan bahan beracun tersebut.

Sabun merupakan bentuk garam kepada asid lemak bebas. Kebiasaannya bahan ini mempunyai ketoksikan yang rendah dan tidak mendatangkan kemudaratan sekiranya digunakan pada kulit. Di rumah sabun boleh didapati dalam bentuk pepejal atau cecair.

Bahan pencuci pula merupakan bahan yang digunakan untuk mencuci bekas atau permukaan dan tidak digunakan pada tubuh. Sediaan yang didapati biasanya dalam bentuk serbuk, cecair dan semburan. Bahan pencuci mengandungi egen aktif permukaan (surfaktan) yang membolehkan air bersentuh dengan bahan yang dicuci dan bahan tambahan seperti pelembut yang berupaya mengurangkan zat-zat logam yang mengganggu proses pencucian.

Terdapat beberapa jenis serbuk pencuci terdiri surfaktan negatif sintetik untuk menggantikan sabun-sabun biasa.
Surfaktan negatif dan tidak berion merupakan komponen utama terdapat dalam kebanyakan sabun pencuci buku, cecair pencuci pinggan mangkuk dan sesetengah pencuci pakaian. Sesetengah bahan pula mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat atau fosfat dan silika iaitu bahan kimia yang meningkatkan keupayaan mencuci. Fosfat telah dikenal pasti boleh menyebabkan pencemaran air dan pertumbuhan alga. Walaupun penggunaan fosfat dalam kebanyakan sabun pencuci telah diharamkan, tetapi sesetengah jenama masih lagi dicampurkan dengan bahan tersebut. Walau bagaimanapun indeks ketoksikan fosfat lebih rendah berbanding bahan-bahan pemukal lain. Sekiranya termakan bahan pencuci berfosfat akan mengakibatkan mangsa mengalami keradangan pada mukosa mulut dan muntah-muntah.

Pencuci sintetik merupakan sabun yang dihasilkan dari bahan petroleum bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap sabun asli. Di antara bahan pencuci yang di hasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate - BAS). Baru-baru ini pengunaan BAS telah pun diharamkan di Malaysia.

Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit. Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahan-bahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel. Ada laporan menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini. Pencuci sintetik juga sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnya mencemar alam sekitar. Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk membentuk kanser.

Pencuci sintetik mengandungi bahan-bahan seperti flurescent untuk memutihkan pakaian, fosfat sebagai agen menanggalkan kotoran, silika untuk meningkatkan keupayaan mencuci dan garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Kebanyakan bahan pencuci terdapat di pasaran tidak melabelkan kandungannya. Ini menyukarkan pengguna membezakan antara pencuci asli dan pencuci sintetik.

  • Sediakan bahan pencuci yang hendak dikenal pasti, air, bekas lutsinar dan cuka (asid asitik).
  • Campurkan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas lutsinar mengandungi air. Biarkan sehingga campuran tersebut larut seketika.
  • Campurkan sedikit cuka ke dalam bekas tersebut.
  • Hasil yang akan didapati adalah seperti berikut:
  • jika sabun asli - tiada buih dan air menjadi keruh.
  • jika sabun pencuci sintetik - ada buih dan air kelihatan jernih.
  • jika campuran pencuci sintetik dan sabun asli - berbuih dan air menjadi keruh.
 Terdapat satu cara mudah untuk mengenal pasti pencuci asli iaitu seperti langkah-langkah di atas 

Di antara bahan pencuci di rumah yang mempunyai risiko keracunan teruk ialah bahan peluntur, bahan pencuci, cermin kereta, pembunuh kuman, pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik.

Bahan peluntur dikenali sebagai egen menghakis dan mengandungi bahan aktif natrium hipoklorit pada kepekatan 5%. Bahan ini tidak menunjukkan sifat terlalu beralkali dan mangsa yang terminum bahan ini kebiasaannya hanya perlu meminum segelas susu. Namun begitu keradangan mulut dan esofagus mungkin berlaku jika termakan dengan kuantiti yang banyak. Peluntur dalam bentuk serbuk mempunyai komposisi lebih pekat oleh itu keradangan yang lebih teruk akan berlaku jika termakan. Percampuran bahan peluntur dengan bahan-bahan pencuci lain boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk. Bahan peluntur yang dicampurkan dengan bahan pencuci tandas yang berasid kuat akan menghasilkan klorin manakala campuran bahan peluntur dengan ammonia akan menghasilkan gas kloramin. Kedua-dua gas ini amat toksik pada selaput mukosa terutamanya pada saluran pernafasan.

Bahan pencuci cermin kereta mengandungi metil alkohol (metanol) pada kepekatan tinggi. Bahan ini berupaya membersih dan menghalang pembekuan. Metanol dimetabolismakan kepada metabolit toksik yang boleh mengakibatkan kerosakan sistemik serius. Mata boleh menjadi buta dengan hanya meminum lima hingga sepuluh mililiter bahan ini.

Pembunuh kuman biasanya mengandungi bahan kimia fenol manakala pencuci longkang dan ketuhar adalah bahan berbes yang terdiri dari ammonia pada kepekatan melebihi 10% dan hidrogen peroksida atau natrium peroksida. Pencuci tandas biasanya mengandungi bahan aktif berasid yang menghakis.

Pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik pula mengandungi bahan kimia yang sama dan boleh mengakibatkan kesan radang kepada mangsa. Pencuci mesin basuh juga boleh menyebabkan keracunan. Kebanyakan pencuci mesin basuh diketahui mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat yang boleh mengakibatkan keradangan yang teruk jika terkena mata.

Rawatan 

Mangsa yang tertelan sabun akan mengalami rasa mual dan mungkin muntah-muntah selepas beberapa minit. Biasanya kesan ini boleh berlanjutan sehingga 24 jam. Mulut, esofagus dan perut mangsa akan menunjukkan keadaan seperti terbakar. Mangsa perlu diberi minum susu atau sekurang-kurangnya air biasa dengan banyaknya bagi mencairkan isi perut. Jika banyak sabun cecair yang ditelan (di antara 30-50gm) boleh mengakibatkan keradangan pada mukosa mulut, muntah-muntah dan cirit-birit.

Jika terkena mata akan menyebabkan mata menjadi merah dan rasa pedih. Mata perlu dicelupkan ke dalam air dan kelip-kelipkan mata selama beberapa ketika atau sekurang-kurangnya alirkan air kepada mata selama 10-15 minit sebelum diberi rawatan perubatan. 
  • Gunakan bekas yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak.
  • Simpan bahan dalam bekas asal.
  • Jangan sekali-kali gunakan bekas bahan-bahan kimia ini sebagai bekas makanan kerana ini akan mengelirukan kanak-kanak.
  • Simpan makanan, bahan kimia dan ubat-ubatan di tempat berasingan.
  • Pastikan almari atau bekas simpanan mempunyai penutup dan berkunci.
  • Beli pencuci dan bahan lain dalam kuantiti kecil yang mencukupi untuk sesuatu tugas. Seboleh mungkin dapatkan barang yang paling tidak merbahaya.
  • Simpan semua bahan kimia, pencuci dan ubat-ubatan di tempat yang tidak boleh dicapai dan dilihat oleh kanak-kanak.

Langkah-langkah mencegah keracunan bahan sediaan kimia di rumah 


Bantuan awal kepada mangsa keracunan bahan kimia di rumah adalah penting untuk menyelamatkan mangsa.
  • Jika mangsa muntah-muntah dalam jangkamasa yang panjang, sakit perut yang teruk dan tidak berupaya menelan apa-apa, bawa mangsa segera berjumpa doktor.
  • Tentukan bila masa mangsa tertelan bahan tersebut.
  • Sekiranya kulit atau mata mangsa terkena bahan tersebut, cuci dengan air dan sabun selama 10-15 minit.
  • Jika mangsa berupaya menelan, beri minum air atau susu supaya kepekatan kandungan bahan di dalam perut dapat dikurangkan. Kanak-kanak disyorkan meminum kurang daripada 60ml (1 cawan) dan orang dewasa pula kurang daripada 150ml (2.5 cawan).
Beberapa panduan bagi membantu mangsa keracunan bahan kimia 

Bahan-bahan kimia yang dinyatakan sememangnya telah menjadi satu keperluan di rumah. Jadi tidak dapat tidak, kita terpaksa menyimpannya di rumah, walaupun kita mengetahui bahaya yang bakal timbul. Oleh itu kaedah pengunaan dan penyimpanan yang baik perlu dititik beratkan oleh ibu bapa bagi memastikan bahan-bahan tersebut tidak terdedah dan menarik minat kanak-kanak untuk mencuba. Cegahlah ahli keluarga terutama kanak-kanak daripada mengalami keracunan di rumah sendiri. Jadikan rumah sebagai tempat paling selamat untuk seluruh ahli keluarga.
 Back   








Rabu, 11 Jun 2014

petua merawat keracunan

ejala yang anda boleh rasai apabila terkena keracunan makanan adalah seperti sakit perut, cirit birit dan muntah secar tiba-tiba dalam masa 48 jam selepas mengambil makanan atau minuman yang tercemar. Keadaan terus menjadi lebih parah apabila anda merasai demam dan kesejukan, najis berdarah, lemah, penat, dehidrasi dan kerosakan system saraf. Jangan pandang remeh soal serangan ini kerana boleh melibatkan maut! Namun ianya juga bergantung kepada jenis pencemaran yang dihidapi. Selain dari terus merujuk doktor di hospital, anda juga boleh menggunakan alternative semulajadi sebagai cara untuk menyembuhkan anda. Berikut adalah bahan-bahan yang anda boleh gunakan.



Teh
  • Dengan membancuh teh untuk rasa yang lebih enak boleh juga ditambah madu, pudina atau daun basil. Bukan setakat rasa yang nikmat malah bahan-bahan yang terkandung di dalamnya juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan rasa sakit sekali gus melindungi perut dari terkena penyakit yang sama.

Halia
  • Minuman halia yang dicampur dengan madu dan dihidangkan ketika panas sebenarnya berupaya meredakan sakit akibat keracunan makanan di tahap ringan. Cara penyediaannya adalah dengan nengambil sesudu madu dan kacau bersama larutan air halia. Dipercayai, formula ini berupaya mencegah masalah radang dalam perut sekali gus menghilangkan rasa sakit disebabkan keracunan.

Gula merah
  • Campurkan empat sudu teh gula merah ke dalam air suam. Kacau dan minum perlahan-lahan. Diaktakan gula merah mampu memberi lebih tenaga yang diperlukan.

Daun basil
  • Daun basil disebut juga sebagai daun selasih boleh membantu meredakan gejala keracunan makanan terutamanya disebabkan mual dan muntah-muntah. Cara mengunakan kaedah ini adalah dengan mencampurkan daun berkenaaan sama ada dalam minuman atau makanan. Boleh juga dijadikan jus dan bagi impak yang lebih cepat, minumlah ketika perut masih kosong.

Biji jintan
  • Hanya dengan mencampurkan satu sudu teh biji jintan yang telah ditumbuk halus ke dalam sup yang masih panas. Dikatakan, cara ini membantu meredakan radang yang berlaku dibahagian perut sekali gus mengurangkan rasa sakit yang dirasai.

Yougurt
  • Sekiranya rasa mual atau muntah-muntah disebabkan penyakit tersebut maka bolehlah mengambil yougurt. Kandungan mikroorganisma di dalamnya dikatakan membantu melawan keracunan makanan sekali gus melegakannya.
  mingguan wanita

Ahad, 1 Jun 2014

ubat kencing manis

https://www.facebook.com/pages/Dhabsinai-Diabetes/569639259797893?v=app_599788450050788&app_data=

Khamis, 29 Mei 2014

khasiat-bunga-kantan.

http://baca-blogspot.blogspot.com/2014/05/info-khasiat-bunga-kantan.html

Khasiat Peria

Posted: 29 May 2014 12:00 AM PDT
Yang pahit itu ubat, begitulah yang boleh digambarkan tentang peria. Sejenis sayur-sayuran yang pahit, tetapi peria mempunyai banyak khasiat.

Korang suka makan peria? Puteri suka hiris peria, campurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam kemudian goreng sehingga garing. Memang sedap.

Antara khasiat peria yang mungkin kita tidak tahu:

1) Merawat penyakit kencing manis. Peria dikatakan bertindak seperti insulin dan mampu mengurangkan kadar gula dalam darah. Para pesakit kencing manis memang digalakkan untuk kerap makan peria. Malah peria juga boleh dikisar untuk dijadikan jus dan diminum setiap pagi.



2) Peria dapat membantu menyembuhkan bisul dengan cara melumatkan beberapa hirisan peria dan meletakkan ke atas bisul.

Peria Katak
Sumber: Google

3) Peria juga dapat mengurangkan kepanasan suhu badan. Caranya, rebus peria dengan air, tapis dan kemudian minum segelas air rebusan peria.

4) Air rebusan peria juga boleh diminum oleh mereka yang menghidap asma dan lewat datang haid.

5) Dan untuk mereka yang bermasalah jerawat, rajin-rajin la makan peria kerana peria memang elok untuk kecantikkan kulit.

Itulah antara khasiat peria yang mungkin tidak diketahui. Pahit pun telan juga sebab baik untuk kesihatan dan tiada kesan sampingan. Tetapi kalau kena telan ubat yang pahit, memang fikir berkali-kali juga sebab risaukan kesan sampingannya kelak.

rumah

http://www.rumahminima.com/2014/05/membuat-rumah-sehat-tanpa-gangguan-lalat.html

MELEMBUTKAN SOTONG KERING

MERENDAM DAN MELEMBUTKAN SOTONG KERING
Bahan-bahan :

Sotong kering
Air abu
Air paip

Cara-cara :
1. Masukkan air abu dan air paip ke dalam bekas untuk merendam sotong kering. Nisbah campuran air abu kepada air paip adalah seperti berikut... 1:10. Maknanya 1 bahagian air abu dicampur dengan 10 bahagian air paip menggunakan penyukat yang sama.
2. Masukkan sotong kering yang keras lagi tu ke dalam campuran air tadi dan biarkan direndam selama 6 jam.
3. Setelah 6 jam, sotong dah pun kembang. Keluarkan sotong dan buang campuran air tadi.
4. Rendam pula sotong dengan air panas atau suam untuk lebih kurang 1 jam. Kemudian bilas sotong tadi. Bolehlah dimasak atau disimpan ke dalam freezer(sejuk beku).

Khamis, 1 Mei 2014

Info -10 Kegunaan Baking Soda Untuk Kecantikan

Posted: 29 Apr 2014 10:00 PM PDT

Baking soda adalah bahan yang kerap digunakan dalam masakan terutamanya kek dan kuih muih dalam meringankan tekstur. Namun tahukah anda bahan masakan ini sebenarnya mempunyai banyak kegunaan dalam kecantikan ?



1. Deodorant
Campur baking soda dengan sedikit air , ia akan membentuk satu pes lembap. Sapukan di bahagian bawah lengan.

2. Mencegah Kelemumur 
Campur sedikit baking soda dalam syampu dan gunakan seperti biasa. Kaedah ini jaga akan memberi volume pada rambut.

3.  Dry shampoo
Tak perlu membazir beli syampu kering, tabur sedikit baking soda pada akar rambut dan ratakan.

4. Jerawat
Campur baking soda dengan madu dan letakkan pada jerawat selama 15 minit, kemudian bilas.

5. Putihkan gigi

i) Campurkan 1 sudu makan baking soda dan 5 titik hydrogen peroxide hingga menjadi satu pes. Tambah beberapa titik air jika perlu. Sapukan solusi ini ke gigi anda dengan rata menggunakan berus gigi dan biarkan selama 5 minit

Gosok gigi seperti biasa dengan menggunakan ubat gigi.

ii)  Campur baking soda , strawberry, dan jus lemon . Gunakan pes untuk menggosok gigi.

6. Eksfloitasi kulit

Campur dengan sedikit air di tapak tangan anda dan gosok pada muka  untuk menanggalkan sel kulit mati. Boleh juga dicampur dengan pembersih muka anda.

7. Mengatasi nafas berbau
Masukkan 1 sudu kecil baking soda dalam setengah gelas air dan kumur.

8. Membersih alat kecantikan
Sikat anda boleh dikotori dengan minyak pada rambut. Cuci sikat dengan air suam bercampur dengan 3 sudu makan soda.

9. Manicure Pedicure
Campur dengan peroxide dan skrub pada kuku. Untuk kaki, campur 2-3 sudu makan dengan air untuk merendm kaki . Anda boleh tambah minyak pati (seperti minyak lavender) untuk haruman dan rendam selama 20 minit. Skrub kaki menggunakan pes pekat campuran baking soda dan air.

10 . Mencerahkan kulit
Campur dengan 1 sudu makan jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Selepas membersihkan muka, sapu pes pada muka dan biar selama 10 minit. Bilas.

Selasa, 8 April 2014

Pilihan Raya

Sebagaimana Rumaysho.Com sudah seringkali mengulas mengenai masalah Pemilu dan disimpulkan pula bahwa pendapat yang lebih tepat adalah dibolehkan untuk memberikan suara atau coblos dalam Pemilu. Lalu siapakah dan partai manakah yang mesti dipilih?
Fatwa para ulama sudah kami sertakan yang intinya membolehkan memberikan suara dalam Pemilu dengan menimbang maslahat atau mengambil bahaya yang lebih ringan. Fatwa tersebut adalah dari Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani, Syaikhuna ‘Abdurrahman bin Nashir Al Barrok, Syaikh ‘Abdullah bin Abdirrahman Al Jibrin, Syaikh Ali bin Hasan Al Halaby, Syaikh Musthofa Al Adawi, fatwa yang kami pernah dengar langsung dari guru kami Syaikh Sa’ad bin Nashir Asy Syatsri, dan juga fatwa para ulama yang duduk di Al Lajnah Ad Daimah. Lihat fatwa tersebut dalam artikel: Hukum Coblos dalam Pemilu (seri ke-3).
Pertimbangan bolehnya memberikan suara dalam Pemilu karena menjalankan kaedah fikih:
ارْتِكَابُ أَخَفِّ الضَّرَرَيْنِ
“Mengambil bahaya yang lebih ringan.”
Kaedah ini disimpulkan dari ayat,
أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.” (QS. Al Kahfi: 79).
Lihatlah apa yang dilakukan oleh Khidr adalah untuk mengambil bahaya yang lebih ringan dari dua bahaya yang ada. Khidr sengaja menenggelamkan kapal milik orang miskin, ini adalah suatu mafsadat (bahaya). Namun bahaya ini masih lebih ringan dari hilangnya seluruh kapal yang nanti akan dirampas oleh raja yang zalim.
Begitu pula ayat yang menceritakan bahwa Khidr membunuh seorang anak karena khawatir orang tuanya tersesat dalam kekafiran, itu juga mendukung kaedah yang dimaksud. Dalam ayat disebutkan,
وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا
Dan adapun anak muda itu, maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.” (QS. Al Kahfi: 80). Membunuh anak muda itu adalah suatu mafsadat, sedangkan kesesatan dan kekafiran adalah mafsadat yang lebih besar.
Dalam Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani membuat kaedah,
ارتكاب أخف المفسدتين بترك أثقلهما
“Mengambil mafsadat yang lebih ringan dari dua mafsadat yang ada dan meninggalkan yang lebih berat.” (Fathul Bari, 9: 462)
Untuk masalah Pemilu, sebagaimana kata Ustadz Dr. Muhammad Arifin Baderi, “Ingat bahwa menggunakan hak suara dalam Pemilu bukan dalam rangka mencari pemimpin yang akan menegakkan Islam, namun dalam rangka meminimalkan ruang gerak para penjahat dan musuh Islam.”
Jadi itulah maksud kami untuk menyarankan tetap memberikan suara dalam Pemilu ini.

Jumaat, 21 Mac 2014

Mencari Barang Yang Hilang

Kami tidak menjumpai satu amalan atau doa khusus dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika seseorang kehilangan barang. Hanya saja, terdapat riwayat dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, dimana beliau mengajarkan doa ketika kehilangan barang. Dari Umar bin Katsir, dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau menjelaskan amalan ketika kehilangan barang,
يتوضأ ويصلي ركعتين ويتشهد ويقول: «يا هادي الضال، وراد الضالة اردد علي ضالتي بعزتك وسلطانك فإنها من عطائك وفضلك»
”Dia berwudhu, kemudian shalat 2 rakaat, setelah salam lalu mengucapkan syahadat, kemudian berdoa,
يَا هَادِيَ الضَّال، وَرَادَّ الضَّالَة ارْدُدْ عَلَيَّ ضَالَتِي بِعِزَّتِكَ وَسُلْطَانِكَ فَإِنَّهاَ مِنْ عَطَائِكَ وَفَضْلِكَ
Ya Allah, Dzat yang melimpahkan hidayah bagi orang yang sesat, yang mengembalikan barang yang hilang. Kembalikanlah barangku yang hilang dengan kuasa dan kekuasaan-Mu. Sesungguhnya barang itu adalah bagian dari anugrah dan pemberian-Mu’.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf no. 29720, al-Baihaqi dalam ad-Da’awat al-Kabir (2/54). Baihaqi mengatakan,
هذا موقوف وهو حسن
Ini adalah hadits mauquf [perkataan shahabat] dan hadits ini statusnya adalah hasan”
Demikian pula dinyatakan oleh Abdurrahman bin Hasan, bahwa perawi untuk riwayat Baihaqi adalah perawi yang tsiqqah (terpercaya). (Tahqiq al-Wabil as-Shayib, Abdurrahman bin Hasan dibawah bimbingan Dr. Bakr Abu Zaid)
Allahu a’lam
Ditulis oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina KonsultasiSyariah.com)
Artikel ini didukung oleh Zahir Accounting Software Akuntansi Terbaik di Indonesia.

Ahad, 16 Mac 2014

kawin

Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut. Sekiranya berminat, sila hubungi :- DRINA DMARYA RESOURCES No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's) Tel : 03-33745230/ 013-3311606 WEB KAMI : kahwinthaibest.blogspot.com drina1998.blogspot.com
jika student sila datang sendiri bawa paskad student untuk harga "special" student



 kahwinthaibest.blogspot.com drina1998.blogspot.com

Agenda Tersirat

http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html?m=1

Isnin, 24 Februari 2014

sifat


Sifat dan Kepribadian Seseorang Berdasarkan Tanggal Lahir. Setiap tanggal lahir ternyata menyimpan makna tersendiri. Makna tersebut akan menjelaskan bagaimana kepribadian dan sifat Anda saat ini.
Kali ini, tanggal lahir akan dikategorikan masing-masing dan punya simbol-simbol yang akan mewakili sifat Anda. Simbol tersebut berupa hewan, yaitu anjing, tikus, singa, merpati, kucing, panther, kura-kura, dan monyet lengkap dengan makna atau artinya.
Penasaran? Yuk langsung saja Anda ceka tanggal lahir Anda, dan temukan simbol serta artinya sekarang juga. Semoga keberuntungan ada di tangan Anda.

Simbol Anjing

(01 – 09 Januari, 01 – 03 April, 15 – 20 Juni, 10 – 15 Juli, 01 – 16 December, 28 – 30 September )
Anda adalah seseorang yang setia dan manis, soal kesetiaan Anda tak pernah diragukan. Anda orang yang jujur dan tulus di manapun Anda berada.
Anda adalah orang yang sangat sederhana, dan tidak suka hal-hal yang ribet. Anda mudah bergaul dan rendah hati, sehingga banyak orang menggantungkan diri kepada Anda.
Anda punya selera yang baik dalam memilih pakaian, namun bukan seseorang yang boros. Anda populer, dan punya teman-teman dekat yang sangat baik kepada Anda.

Simbol Singa

(Januari 25 – 31, Maret 13 – 15, Mei 22 – 31, November 01 – 16) 
Sebenarnya sifat Anda cukup bertentangan dengan simbol. Singa digambarkan sebagai raja hutan yang garang, namun Anda adalah sosok yang sangat mencintai perdamaian. Anda selalu mencoba mencari cara terbaik untuk menghindari perselisihan paham. Anda lebih suka beraktivitas di luar ruangan.
Anda terlahir sebagai seorang pemimpin dan sangat bijaksana. Memperlakukan semua orang seperti Anda mencintai diri sendiri. Pun demikian, Anda juga senang diperhatikan dan disayang orang lain.

Simbol Kucing

(Februari 01 – 05, Maret 24 – 31, Juni 25 – 30, Juli 27 – 31, September 15 – 27, November 17 – 30) 
Anda orang yang manja dan seringkali malu-malu. Sebagai pribadi, Anda punya penampilan yang menggemaskan dan lucu sehingga banyak orang senang berada di sekitar Anda. Anda menyukai ketenangan, sehingga gemar bepergian ke alam bebas.
Anda juga orang yang menyukai penampilan rapi sehingga banyak jenis baju yang Anda miliki. Pada dasarnya Anda ramah, tetapi Anda lebih suka berada di tengah orang yang memang dekat dengan Anda.

Simbol Kura-kura

(Februari 15 – 21, April 27 – 30, Juni 04 – 14, Agustus 26 – 31, Oktober 16 – 27) 
Anda orang yang perfeksionis dan penyayang. Ketika Anda berbuat kebaikan, maka aura di sekitar Anda akan menghangat, dan mempengaruhi semua orang di sana. Anda orang yang tulus dan tidak menuntut balasan ketika menolong seseorang.
Anda orang yang blak-blakan dan tidak suka berbicara di belakang orang lain. Anda suka cara Anda memperlakukan orang, tetapi belum tentu mereka akan memperlakukan dengan sama.
Bagi Anda, motto hidup adalah memberi dan memberi dengan penuh cinta. Anda orang yang melihat segala hal dari yang praktis-praktis saja sehingga hidup Anda jarang terbeban masalah.

Simbol Monyet

(Maret 01 – 12, Mei 01 – 13, Juni 21 – 24, Oktober 01 – 15, December 17 – 25, Agustus 01 – 15) 
Anda orang yang sangat tidak sabaran dan menuntut semua hal bisa segera diwujudkan seperti keinginan Anda. Sebenarnya Anda orang yang sederhana dan penuh cinta sih, tetapi Anda orang yang perfeksionis.
Anda punya kepribadian unik dan punya indera keenam yang sangat kuat serta sensitif. Apabila Anda bisa mencegah hal-hal dari awal, maka hidup Anda tidak akan banyak masalah, karena Anda mudah sekali terseret dalam kontroversi.

Simbol Merpati

(Februari 06 – 14, Mei 14 – 21, Juli 16 – 26, September 01 – 14, December 26 – 31)
Anda adalah orang yang selalu berusaha menikmati hidup dan ceria. Sekalipun di sekitar Anda bersedih, Anda yang akan berusaha menghiburnya. Anda termasuk sosok pemimpin yang pandai menghibur orang di saat dibutuhkan. Anda tidak suka kemunafikan dan akan berusaha apa adanya.
Anda sangat rapi dan terorganisir dalam hal pekerjaan, tidak suka melihat barang-barang yang berantakan dan sangat mudah jatuh cinta.

Simbol Panther

(Februari 22 – 28, April 04 – 14, Oktober 28 – 31)
Anda adalah sosok yang misterius dan cenderung pendiam. Namun Anda menyimpan kehebatan karena selalu dapat menangani masalah dengan mudah. Kharisma yang Anda punya sangat besar sehingga cocok ketika menjadi pemimpin.
Anda suka semua hal harus berjalan rapi seperti keinginan Anda, dan inilah yang terkadang membuat Anda jadi tidak disukai orang. Pun demikian, Anda sangat suka membantu orang lain yang membutuhkan.

Ahad, 2 Februari 2014

Doa Surut Bengkak

Amalkan juga membaca doa ini :

Doa Surut Bengkak
“Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani….” 
doa mengecutkan cyst
Caranya:
Sediakan 2 botol besar air mineral dan buka penutupnya, baca fatihah 3x dan lauanzalna 3x lalu tiup 10 saat pada air tadi. Sebotol buat minum 2x sehari dimulai baca bismillah dan fatihah 1x untuk 7 hari berturut-turut. Sebotol lagi buat sapu pada tempat yang membengkak tu 2x sehari selama 7 hari berturut-turut juga, insya-Allah sembuh.
2) Sekiranya tercekik tulang ketika makan boleh dibaca Lauanzalna sehingga habis pada segelas air dan minum.I nsyaAllah akan terlepas tulang itu.
3) Boleh juga dibaca untuk memecahkan penyakit batu karang, karang angin dan sebagainya.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat percuma berkenaan cara merawat Ovarian Cyst.
Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement
The post Cara Merawat Ovarian Cyst appeared first on Soleh.Net.

Rabu, 29 Januari 2014

Kesan .....Tidur Menghadap Kipas Angin

Posted: 28 Jan 2014 04:00 AM PST
Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.


 Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.

Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com

Sabtu, 25 Januari 2014

Ayat-ayat Penyembuh

Ayat-ayat Penyembuh


Ayat-ayat syifa ini dikenali sebagai ayat penyembuh penyakit. Macam mana dapatnya ayat-ayat syifa ini?
Syeikh Imam Abilqasim Al-Qusyairi menerangkan; suatu ketika anaknya sakit sehingga beliau berputus asa mencari penawarnya. Pada suatu hari, beliau bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W, lalu bertanyakan ubat bagi penyakit anaknya itu.
Rasulullah S.A.W berkata: “Apakah engkau tidak mengetahui ayat-ayat syifa?”. Tatkala itu, Syeikh Imam Abilqasim bangun dari tidur & dibukanya Al-Quran. Memang terdapat 6 ayat-ayat syifa & beliau segera menulisnya di atas kertas, kemudian dilunturkan ke dalam air.
Air itu diberinya minum kepada anaknya yang sedang sakit. Tidak lama kemudian, penyakit anaknya beransur sembuh.
surah yunus
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
surah an-nahl
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
 surah al-isra'a
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
surah asy-syu'araa'
“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
surah fussilat
Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)”.
surah at-taubah
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.
Jikalau anak meragam atau kembung perut, baca ayat-ayat syifa ini & hembuskan ke dalam air. Kemudian, bagi mereka minum & sapukan pada muka serta badan mereka sambil membaca Ya Syafi (Yang Maha Menyembuh) sebanyak boleh. InsyaAllah, anak akan menjadi tenang.
Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawarnya didalam Al-Quran.